Pahlawan Terracota Peneman Maharaja Qin Di Alam Kubur

Hari terakhir kembara China Silk Road kami ke tempat yang wajib dituju di Xi'an iaitu Terracota Warriors. Perjalanan ke sana dengan menaiki bas tourism 306 (5) dengan bayaran tambang 7¥. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Nasihat aku berhati-hati dengan tour agent yang berlegar di stesen bas. Naik aje bas yang aku maksudkan dan bayar atas bas ye. Kalau bayar kat bawah maksudnya sudah termasuk perangkap tour agent (bas hijau). Jangan risau tourism konduktornya sentiasa melaungkan 'bingmayong' di tepi tangga bas yang berwarna putih atau biru.


Baiklah, kita selami sikit tentang Bingmayong (Terracota Warriors) ini.


Mengikut sejarah, Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM telah dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta. Gerembolan tentera terracotta itu dikuburkan bersama-sama kerana bagi melindunginya di alam akhirat. Sampai begitu sekali kan.


Untuk pengetahuan semua artifak ini sebenarnya dijumpai oleh sekumpulan petani dari Lintong pada tahun 1974 semasa mengerjakan tanah mereka. Bukan tentera terracota sahaja tau banyak lagi artifak lain ditemui sejak penggalian dijalankan. Antaranya kereta kuda, senjata malah ahli akrobat juga ditemui dikuburkan bersama bagi menghiburkan raja.


Aku kongsikan sekali 3 fakta tentang Terracota Warriors ni ya :


πŸŒ€ Terbahagi Kepada 3 Ruangan Utama


 Pit 1 : Ini adalah ruang yang terbesar  (230×60 m)  sebesar hangar pesawat. Terdapat lebih dari 6.000 askar Terracota dan kuda, hanya  2.000 saja yang ditayangkan untuk umum.


 Pit 2 : Ini adalah ruangan yang paling penting (96×84 m). Ruang ini menyingkap misteri tentang formasi baris tempur tentera pada masa lalu. Sebahagian besar formasi ini adalah bala tentara dengan menggunakan panah, kereta perang, pasukan campuran dan kavaleri.


 Pit 3 : Ruang ini adalah ruang yang paling kecil diantara semuanya (21×17 m). Di dalamnya hanya terdapat 68 patung Terracota. Ruang ini merupakan sebuah pos komando.


πŸŒ€ Rupa Paras Terracota Army Tidak Sama


Kalau perhatikan gambar yang diselitkan di sini, perhatikan betul-betul. Tidak ada satu pun setiap askar Terracota yang dipaparkan di sini sama rupa parasnya. Setiap askar ini mempunyai rupa paras yang unik ekspresi, pakaian gaya rambut juga berbeza.


πŸŒ€ Bukan Sekadar Tentera


Apa yang ditemukan di sini bukanlah hanya tentera sahaja. Terdapat anggota muzik, kereta kuda, bilah pedang (senjata) dan ahli akrobatik yang dikebumikan di sini suatu waktu dahulu. Nampaknya Maharaja Qin tak nak keseorangan di alam sana.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA




[caption id="attachment_1226" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Cuba perhatikan wajah mereka satu persatu. Ada perbezaan bukan?[/caption]

OLYMPUS DIGITAL CAMERA




[caption id="attachment_1214" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Barisan tentera Terracota di barisan hadapan - Pit 1[/caption]

[caption id="attachment_1217" align="aligncenter" width="4608"]P1010717_edited.jpg Antara patung kuda yang ditemui di sini[/caption]

Berakhirnya post entry ini.. Maka dengan ini tamatlah pengembaraan aku dan rakan-rakan buat tahun 2016. Insya Allah coretan aku akan bersambung pada tahun depan pula. Nantikan catatan perjalanan yang seterusnya pula ya!


πŸ’Œ KCF

Comments

  1. Assalamualaikum cikgu.

    Saya dapat link ni dari blog “Thru Ups N Downs”. Definitely cikgu kenal penulisnya.. Ok begini. Baik saya bahasakan diri saya sebagai Uncle. Uncle berusia hampir 50 tahun dan gemar mengembara dengan keretapi secara solo. To cut the story short, Uncle kembali membuat trip dengan keretapi bermula tahun lalu setelah berpuluh tahun stop kerana kesibukan kerja. Tahun lalu Uncle ke Bangkok. It was fun and reminded me of my trips more than 25 years ago..Hujung bulan ni Uncle akan buat solo trip ke Vientienne melalui padang besar-hatyai-bangkok-nongkhai-vientienne. Tahun depan Uncle bercadang nak membuat ‘silkroad china solo’. Nahh…oleh kerana itu Uncle memerlukan nasihat-nasihat cikgu. Uncle berharap agar cikgu dapat meluangkan sedikit masa untuk memberikan uncle sedikit (banyak sebenarnya) info tentang ‘route’ tersebut. Tahun-tahun berikutnya barulah Uncle akan buat lebih jauh hingga ke Rome, jika Allah izinkan. Terimakasih cikgu dan Uncle look orward to receiving some news from you.

    ReplyDelete
  2. email Uncle ialah..
    ali.shahrir@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Uncle. Happy to hear that uncle got my pages and blog through my aunt's blog. Insya allah nanti saya email uncle. Ada kelas sekejap lagi. After class i will email you. About ticket about route. Dan contact number driver di sana.. Jikalau uncle perlukan khidmat di sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan