Itinerary : 10 Hari Kembara Ala Nomad Sewaktu Musim Sejuk di Bumi Mongolia
Nomad seringkali merujuk kepada cara penghidupan yang berpindah-randah. Orang nomad mungkin mempunyai tempat persingahan yang tetap yang mereka singgah setiap tahun, tetapi masih bergerak aktif setiap tahun ke tempat lain. Tahun lepas aku berpeluang mengembara secara nomad bersama-sama teman di bumi Mongolia. Peluang yang ada ketika di sana sedikit sebanyak membuka mata tentang erti sebenar hidup kaum nomad ini terutama meninjau kehidupan pengembala nomad yang terpaksa berpindah randah ke tempat yang lebih subur bagi kelangsungan hidup serta ternakan mereka. Trip selama 10 hari ini bukan sahaja mendekatkan kami pada kehidupan masyarakat Mongolia malah kami dapat meninjau pemandangan indah sepanjang di sana. Dari bandar hutan batu kami merentasi padang rumput yang kekeringan ketika musim sejuk dan meredahi gurun yang gersang sangat memukau pandangan setiap kali dilemparkan dari luar jendela van yang menjadi medium utama pengangkutan kami di sana. Pengangkutan Ke sana? Sebenarnya aku ban...