Posts

Sepetang di Perkampungan Tibet Jiaju, Danba

Image
DANBA? Danba adalah sebuah daerah kecil yang terletak di lembah gunung yang mana penduduknya adalah dari kalangan Tibet Jiarong. Jikalau di Maerkang hanya sempat menilik dengan mata melihat pemandangan dan senibina rumah Tibet dari jauh, kali ini di Danba kami diberi kesempatan bermalam di sebuah perkampungan Tibet Jiarong. Aku memilih untuk menginap di homestay Desa Tibet Jiaju, Danba County. Danba County dikenali sebagai "Rongmi Drango" dalam bahasa Tibet. Bandar Danba dipanggil "bandar Zhanggu", yang mana terletak di dasar lembah yang dikelilingi oleh gunung tinggi dengan ketinggian 1900 meter di atas permukaan laut. “Lembah Jelitawan ” itulah gelaran yang diberikan kepada Danba County. Katanya gadis-gadis di sini sangat jelita. Aku akui...ketika tiba di Danba County kami di sini disambut oleh tuan empunya homestay Man Tuo Luo yang wajahnya sangat cantik dan kulitnya putih bersih dan lain benarnya beliau dari wanita berbangsa Tibet lain yang biasanya sinonim deng

Indahnya Pemandangan...Journey To Barkam!

Image
I always encourage people to get out there, travel the world, see new things, experience new people, experience new food, experience new culture. What happens is that helps you to grow and be your best self. Seawal jam 5.30 pagi aku sudah menggerakkan suami bangun untuk bersiap sedia segala kelengkapan kerana hari ini, kami akan menuju pula ke barat laut Sichuan iaitu ke Wilayah Autonomi Ngawa Tibet dan Qiang (Ngawa Tibetan and Qiang Autonomous Prefecture). “Bang…tengok sekejap, kenapa ya kaki ni ada kesan gigitan. Merah..” pintaku kepada suami. Gusar sebenarnya jikalau terkena alahan. Entah-entah kena “cold urticaria” atau alahan pada sejuk, fikirku. “ Iyalah… naik merah-merah. Ni alahan ni”, kata suamiku. Aku mula gundah.…Perjalanan hari ini lebih mencabar. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tiba-tiba muncul alahan di kulit, khuatir juga terganggu perjalanan. Aku positifkan minda. “Tak ada apa-apa kot. Ubat ada. Kita bergantung pada bekalan ubat yang ada sahaja”, ujar aku ke

Kesejukan di Taman Negara Huanglong

Image
People don't notice whether it's winter or summer when they're happy Seawal jam 8.00pagi saat semua sudah siap, ada di antara kami yang rupanya terlajak tidur. "Eh! Belum mandi lagi?", soal aku pada Catz dan Nir bila pintu yang diketuk dibuka mereka. "Weih..kami baru bangun", ujar Catz. Cepat-cepat aku suruh mereka bersiap. Lumrah dalam  perjalanan adakalanya aku juga terlajak lena dek kepenatan ditambah dengan kesejukan yang melanda. Musim sejuk mahu taknya. Enak sungguh sebenarnya jika ditarik lagi kain gebarnya. Sebaik semuanya sudah bersedia, Mr.Bo mula memandu menghala ke Huanglong National Park yang jaraknya hanya 50 kilometer dan mengambil masa selama sejam sahaja dari Kota Lama Songpan. Ketika van mula mendaki masuk ke kawasan National Park, tiba-tiba Mr. Bo menghentikan vannya. Segera dia turun ke sisi tebing jalan raya dan lantas mengutip buah seakan akan buah Duranta Erecta (sinyo nakal). "Shenme shuiguo?", ujar aku pada Mr. Bo Dalam

Long JOURNEY To The Northwest Sichuan

Image
      Perjalanan itu panjang dan berliku, bersiaplah dengan perjalananmu Penatnya terasa menempuhi perjalanan ditambah pula dengan cerekarama tawar menawar kos pengangkutan ke Chengdu downtown di Chengdu Shuangliu International Airport, semalam... Hari ini pengembaraan di bumi Sichuan sudah pun bermula. Tak sangka akhirnya dapat menjejak juga bumi Sichuan yang masih terkenal dengan keindahan alam yang masih suci 'dara' nya.  Kah! Ayat memang tak boleh dipertikaikan. Ya... Siapa sangka keindahan alam di Sichuan terutamanya di beberapa daerah seperti Aba dan Garze, banyak menyajikan sisi lain daripada wilayah tumpuan utama pelancong seperti di Beijing mahupun Guangzhou. Oleh kerana itulah aku tergila-gilakan sangat tempat-tempat sebegini yang mana jarang menjadi tumpuan pelancong melainkan kaki pencinta alam yang sukakan cabaran. "Cepat turun ke bawah. Mr Bo driver kita dah sampai dan tunggu di bawah tu", ujar suamiku, Uzair. Segera aku settlekan urusan check out di kau