Posts

Showing posts from March, 2015

Stone Forest & Jiuxiang Yang Menarik Hati

Image
Day 4 Kunming Hari ke-4, perjalanan di sana sangat mudah. Perjalanan yang panjang dan memenatkan dari Lijiang membuatkan kami kelihatan letih. Sempat juga lena sehingga pukul 8.00pg di hotel. Bangun sahaja terus siap-siap untuk menjejak ke tempat seterusnya iaitu Stone Forest. Aku decide nak ambil kereta sapu. Tak susah. Pergi saja di depan Kunming Railway station. Sana banyak local private driver menawarkan perkhidmatan. Perjalanan K e Stone Forest mengambil masa kira-kira 45minit. Naik highway. Redah gunung ganang. Indahnya alam ciptaan Tuhan! Sejuk mata memandang.  Sebaik tiba di Stone Forest kami agak terpinga umpama hilang arah tuju kerana sungguh luas kawasannya. Nasib menyebelahi kami bila ada Uncle berbangsa Cina dari Malaysia menegur. Ya berkat senyum-senyum kan. Hehe..ok dah settle kami dapat sorang tourguide yang ramah. Dia satu-satunya tourguide yang boleh berbahasa Inggeris. Fee yang dikenakan adalah sebanyak 175yuan. Nak jalan sendiri tanpa guide just tambah 15yuan untuk ...

Masam Manis Pengalaman Itu!

Image
Day 3 : Lijiang Old Town - Black Dragon Pool Manisnya Pengalaman Itu! Sebenarnya aku tak tahu mahu mulakan bagaimana kisah hari ketiga di Yunnan ini. Masam manis pahit berdengung semua aku rasa. Bergaul rasa satu sama lain. Awal-awal manis ja.. Tak diduga masam kelat pahit berdengung di akhir hari ketiga. Aku mulakan dengan kisah manis-manis dulu. Di pagi hari aku bangun seawal pagi. Hari ketiga tak rushing sangat sebabnya misi hari ini, free and easy kat Lijiang Ancient Town. Di sini boleh jengah Black Dragoon Pool @ Heilongtan, boleh lepak santai sekitar Ancient Town, melihat budaya dan cara hidup mereka. Di awal pagi aku lihat warga bermata sepet ini mulakan hari mereka dengan bersenam. Siap taichi maichi siap menari-nari bagai. Aku teringin nak turut serta tetapi malu alah. Cuma aku dekatkan diri sambil merakamkan gambar. [caption id="attachment_330" align="aligncenter" width="1920"] Lepak santai di Lijiang Old Town[/caption] [caption id="attachm...

Menjengah Tempat Menarik Sekitar Lijiang

Image
Day 2 Lijiang Old Town - Lashi Lake - Guanyin Gorge Tepat jam 5.30 pagi, muzik di dalam train dipasang menandakan sudah menginjak pagi. Lebih tepat lagi orang kata itulah loceng pagi di dalam keretapi. Waktu ini sebenarnya aku sudahpun terjaga. Aku lihat banyak passenger sudah bangun gosok gigi dan basuh muka. Aku juga cepat-cepat uruskan urusan. Lagipun pukul 6.00pagi nanti dijangka sampai ke Lijiang. Hai...tak ku sangka time basuh muka pun ada makcik local ni jeling-jeling aku. Gamaknya "cantik" sangat agaknya muka bangun pagi aku atau hairan gamaknya melihat aku bertudung kepala? Sebaik tiba di Lijiang angin sejuk mula menyapa hingga ke tulang. Terketar-ketar aku dibuatnya. Tak menahan! Seriusly LIJIANG adalah tempat yang paling sejuk kerana kedudukannya yang berdekatan dengan dataran tinggi Yunnan. Kos dari Station Keretapi Lijiang ke Lijiang Ancient Town hanyalah kira-kira 50yuan untuk 3 orang dengan menaiki  bas /van berwarna biru. 30 minit sahaja rupanya dari Lijiang...

Pengalaman Bermalam Dalam Keretapi China

Day 1 Kunming Railway Station Berkobar-kobar aku nak kongsikan travelog ke Yunnan baru-baru ni. Yes..Kunming China. Kembara kali ini aku kira main redah! Baru backpackers kental namanya. Kental la sangat kan! Dugaan demi dugaan dalam kembara kali ni membuatkan aku hampir tewas. Rasa nak menangis pun ada. Berselirat rasa. Kami (aku dan dua lagi rakan; Emma dan Azam) ke Kunming pada 16 Mac jam 1.05tghari. Rata-rata penumpang AK101 semua orang China. Ternampak di mata aku seseorang persis kelibat  Ustaz Azhar Idrus, penceramah agama yang terkenal dalam Youtube. Tak berkelip-kelip mata aku memandang. Belum pun bertolak ke sana nampaknya aku terkenan orang Yunnan gara-gara dia menyapa salam pada aku sambil melemparkan senyuman manis. Aduh terasa seperti Ustaz Azhar Idrus melemparkan senyuman (perasan!) Sebaik sahaja touchdown Kunming dalam pukul 5.00petang, kami menjengah ke musolla terlebih dahulu. Solat. Travel-travel pun solat kena jaga. Dalam sibuk mencari Musolla kami diekori oleh loca...