Stone Forest & Jiuxiang Yang Menarik Hati

Day 4 Kunming

Hari ke-4, perjalanan di sana sangat mudah. Perjalanan yang panjang dan memenatkan dari Lijiang membuatkan kami kelihatan letih. Sempat juga lena sehingga pukul 8.00pg di hotel. Bangun sahaja terus siap-siap untuk menjejak ke tempat seterusnya iaitu Stone Forest. Aku decide nak ambil kereta sapu. Tak susah. Pergi saja di depan Kunming Railway station. Sana banyak local private driver menawarkan perkhidmatan. Perjalanan Ke Stone Forest mengambil masa kira-kira 45minit. Naik highway. Redah gunung ganang. Indahnya alam ciptaan Tuhan! Sejuk mata memandang. 

Sebaik tiba di Stone Forest kami agak terpinga umpama hilang arah tuju kerana sungguh luas kawasannya. Nasib menyebelahi kami bila ada Uncle berbangsa Cina dari Malaysia menegur. Ya berkat senyum-senyum kan. Hehe..ok dah settle kami dapat sorang tourguide yang ramah. Dia satu-satunya tourguide yang boleh berbahasa Inggeris. Fee yang dikenakan adalah sebanyak 175yuan. Nak jalan sendiri tanpa guide just tambah 15yuan untuk Cable Car Ticket. Dalam Stone Forest ni ada 6 tempat menarik yang boleh dilawati antaranya The Greater Stone Forest, The Minor Stone Forest, External Mushroon Scenic Area, Lizi Yuan qing Scenic Area, Bushao hill Scenic Area dan Shilin Karst Geology Muzeum. So kalau boleh habiskan ler separuh hari kat Stone Forest ni. Kami hanya lawat dua tempat ja The Greater dan The Minor.

[caption id="attachment_408" align="alignnone" width="1920"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA That's our tour guide. Heheh ramah weh! Yang penting dia amik pic aku sikit punya lawa![/caption]

[caption id="attachment_409" align="alignnone" width="1920"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Stones Forest yang masih di tenggelami air[/caption]

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tepat jam 2.30 petang kami bergerak ke Jiuxiang Cave. Fee untuk Jiuxiang Cave tak silap aku 120 yuan. Yang Ini termasuk naik open cable car. Gayat baq hang!! Actually kat Jiuxiang Cave ni boleh naik boat tengok keindahan gua. Di dalam gua pula banyak anak tangga. Huhu penat sebenarnya meniti tangga yang curam. Tetapi sebab tempatnya yang cantik, penat hilang begitu saja. Berpuas hati!

 

Dan aku paling suka time naik cable car. Haha..adventure weh. Dah la penghadang depan tu kita tahan dengan kaki sahaja. Silap hari bulan kalau seronok sangat boleh terjatuh ke bawah. Tinggi tau mak ngah!

[caption id="attachment_413" align="alignnone" width="1920"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Speleothem yang tergantung di dinding-dinding gua[/caption]

[caption id="attachment_414" align="alignnone" width="1440"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Keindahan pelbagai bentuk dinding gua menarik pandangan mata[/caption]

[caption id="attachment_415" align="alignnone" width="1920"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA ngarai bawah tanah paling cantik & indah di China dengan panjang kira-kira 700 meter dan kedalaman hampir 100 meter.[/caption]

[caption id="attachment_416" align="alignnone" width="1920"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Green Shady Valley[/caption]

[caption id="attachment_417" align="alignnone" width="1920"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Cable car ker mcm ni?? Jiuxiang cable car sangat mencabar tau!Gayat..[/caption]

Seronok menikmati keindahan sekeliling Jiuxiang Cave ni, akhirnya apabila jam menunjukkan pukul 6.00 petang kami bertolak semula ke Kunming. Di Kunming kami menapak pula ke Jinbi Road untuk cari makanan halal. Penat dan bosan makan makanan yang kami bawa. Kat Jinbi Road ni senang sebab ada Muslim kat sini. Usai makan kami menapak kembali ke hotel. Sehingga tersesat…Mengenangkan inilah hari terakhir sebelum bertolak pulang esoknya. Aku layan ja sampai jumpa jalan. Tak susah pun googlemaps kan ada. So malam tu tido awal la seadanya. Penat katakan. 😜

💌 KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan