Masam Manis Pengalaman Itu!
Day 3 : Lijiang Old Town - Black Dragon Pool
Manisnya Pengalaman Itu!
Sebenarnya aku tak tahu mahu mulakan bagaimana kisah hari ketiga di Yunnan ini. Masam manis pahit berdengung semua aku rasa. Bergaul rasa satu sama lain. Awal-awal manis ja.. Tak diduga masam kelat pahit berdengung di akhir hari ketiga.
Aku mulakan dengan kisah manis-manis dulu. Di pagi hari aku bangun seawal pagi. Hari ketiga tak rushing sangat sebabnya misi hari ini, free and easy kat Lijiang Ancient Town. Di sini boleh jengah Black Dragoon Pool @ Heilongtan, boleh lepak santai sekitar Ancient Town, melihat budaya dan cara hidup mereka. Di awal pagi aku lihat warga bermata sepet ini mulakan hari mereka dengan bersenam. Siap taichi maichi siap menari-nari bagai. Aku teringin nak turut serta tetapi malu alah. Cuma aku dekatkan diri sambil merakamkan gambar.
[caption id="attachment_330" align="aligncenter" width="1920"] Lepak santai di Lijiang Old Town[/caption]
[caption id="attachment_331" align="alignnone" width="1920"] Antara lokal yang bersenam menari-nari[/caption]
Usai tengok taici, misi meneroka Ancient Town Lijiang bermula. Di Lijiang Old Town sebenarnya terdapat sebuah Kincir Air Besar. yang dikatakan berusia ribuan tahun dan masih berfungsi sehingga sekarang. Cantik! Kebetulan sewaktu di sini bersesak dengan local yang ada, aku lihat beberapa local yang berpakaian tradisional kaum Naxi. Untuk bergambar dengan wanita yang berpakaian tradisonal kaum Naxi dikenakan bayaran sebanyak 10yuan. Aku main tarik ja salah seorang minah kaum Naxi ni. Guna saja camera sendiri tau. Kalau guna camera yang disediakan kena bayaran 20yuan. Tak mau aku!
[caption id="attachment_327" align="alignnone" width="1920"] Giant Water Wheels in Lijiang[/caption]
[caption id="attachment_339" align="alignnone" width="1920"] Ala-ala keypad lock tergantung gantung. Ini versi keychain besar.[/caption]
Pahitnya Pengalaman Itu!
Kisah Dramatik 1⃣
Sebut pasal 80yuan teringat aku pasal fee nak masuk ke Black Dragon Pool. Hendak dijadikan kisah sebelum masuk ke taman ini, aku bersama Emma dan Azam melepak dulu melepaskan lelah sambil menikmati buah nenas segar. Manis! Ya manis itu undang masam sebenarnya.
[caption id="attachment_358" align="alignnone" width="1920"] Manis manis masam. Posing dulu![/caption]
Dalam keasyikan kami didatangi seorang Auntie, berbicara tentang fee masuk situ. Aku terpinga-pinga juga sementelahan memang tak berapa faham kerana mandarin dia kedengaran pekat semacam saja. Tiba-tiba dihulurkan sehelai kertas tertulis bahasa cina dan traslation dalam bahasa inggeris. Dalam kertas itu tertulis,
“kalau ikut saya tak perlu bayar 80yuan seorang. Untuk 2/3 orang perlu bayar pada saya sebanyak 90 yuan sahaja dengan syarat ikut saya”.
Nampak tak permainannya di situ. Murah benar! Aku mula berasa pelik. Macam ala-ala seludup black market saja lagaknya ni. Apa lagi bermula debat antara aku dengan rakan-rakan sekembara. Aku lebih kepada tidak bersetuju. Debat-debat akhirnya kata putus nak ikut auntie tersebut. Kata aku yang seorang mana mampu atasi keputusan dua orang kan? Aku akur sahaja walau hati tak berapa sedap. Aku lihat pintu masuk berada di hadapan aku sahaja sebenarnya. Tiba-tiba Auntie tersebut menuju ke arah lain. Aku kehairanan.
"Aik masuk ikut mana? Pintu belakang kah?", getus hati aku.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 5 minit, panjat memanjat bukit nan tinggi ikut denai. Penat woii penat! Tapi aku seronok dan teruja sebab nampak Lijiang Ancient Town secara keseluruhan cantik dari atas bukit. Cantik la sangat! Lalu bermula la episod sadis. Aku tertanya sendiri mana pintunya. Sabar separuh dari iman, pujuk hati. Sekali ambik kau! Bila aku bertanykan sekali lagi mana pintunya, dia ajak aku berjalan dan kemudian berhenti di satu sudut. Pintunya mana??? Aku hanya nampak longkang sahaja. Aku lihat Auntie tersebut mengalihkan penutup longkang. Hati aku makin tak sedap. Eh! Autie tersebut masuk dalam longkang kemudian berada dengan gembiranya di sebalik sana. Mata aku mula berkaca. Sudah. Haiihhh sandiwara apa ni?? Dapat bayangkan tak macam pencuri masuk rumah orang? Sumpah! Itu la perasaan aku saat itu. Aku tak pernah masuk secara curi ke mana-mana tempat sekalipun. Inilah kali pertama. CUAK. Sangat cuak! Dah la longkang tu besar muat aku jer!
Ohoho…Sampai balik Malaysia dok tulis kisah ini perasaan bersalah itu tetap ada. Kenangan betul. Tetapi bila selamat masuk sana perasaan bersalah hilang. Kerana apa? Lupa sebenarnya bila tengok scenery yang cantik dalam sana. Mesti tertanya-tanya kan aku keluar bagaimana? Aku keluar ikut depan bukan ikut EXIT. Kalau ikut exit tiket akan diketip.. tak ke naya. So pesan aku baik ikut legal ya. Selamat pun selamat!
[caption id="attachment_355" align="aligncenter" width="1920"] Pemandangan Lijiang dari sebalik bukit.[/caption]
[caption id="attachment_346" align="alignnone" width="1920"] Black Dragon Pool. Sekali boleh bergambar..terangkat kaki aih![/caption]
Kisah Dramatik 2⃣
Yang ni paling sadis. Tiket nak balik ke Kunming habis!! Muka aku pucat semacam. Tikey yang ada tiket berharga 89yuan. No seat. Maksudnya BERDIRI. Perjalanan dari Lijiang ke Kunming mengambil masa selama 9jam 35min. Maknanya kena berdiri untuk 9jam? Macam naik keretapi di India saja rasanya. Salah aku juga kerana tak buat backup plan. Nak naik bas awam ke Kunming aku tak tahu. Setahu aku kalau nak naik bas kena kembali semula ke Lijiang Ancient Town. Satu hal budget pula dah lari. Nak tak nak, terpaksalah aku beranikan diri redah meredah. BERDIRI pun BERDIRI la. Tekad. Kalau ku tahu, awal-awal masa beli kat Kunming-Lijiang aku dah ambil tiket return. Aiseh! Macam mana boleh terlupa. Bersangka baik, Allah nak bagi kisah aku ada naik turunnya. Kalau tidak, bila lagi nak merasa susah di negara orang. Asyik diberi kesenangan sahaja. Bila diuji baru tahu betapa kita perlu bersyukur terhadap kesenangan yang selama ini diberikan olehNYA.
💌 KCF
Comments
Post a Comment