Pengalaman Bermalam Dalam Keretapi China


Day 1 Kunming Railway Station



Berkobar-kobar aku nak kongsikan travelog ke Yunnan baru-baru ni. Yes..Kunming China. Kembara kali ini aku kira main redah! Baru backpackers kental namanya. Kental la sangat kan! Dugaan demi dugaan dalam kembara kali ni membuatkan aku hampir tewas. Rasa nak menangis pun ada. Berselirat rasa.


Kami (aku dan dua lagi rakan; Emma dan Azam) ke Kunming pada 16 Mac jam 1.05tghari. Rata-rata penumpang AK101 semua orang China. Ternampak di mata aku seseorang persis kelibat Ustaz Azhar Idrus, penceramah agama yang terkenal dalam Youtube. Tak berkelip-kelip mata aku memandang. Belum pun bertolak ke sana nampaknya aku terkenan orang Yunnan gara-gara dia menyapa salam pada aku sambil melemparkan senyuman manis. Aduh terasa seperti Ustaz Azhar Idrus melemparkan senyuman (perasan!)


Sebaik sahaja touchdown Kunming dalam pukul 5.00petang, kami menjengah ke musolla terlebih dahulu. Solat. Travel-travel pun solat kena jaga. Dalam sibuk mencari Musolla kami diekori oleh local kukira supir tidak berdaftar. RIMAS dibuatnya! Disuruh dan dipujuk kami menggunakan khidmatnya. Aku menolak. Asalnya aku hendak menaiki bas awam tetapi disebabkan Emma rimas diekori dan termakan pujuk rayu, akhirnya kami bersetuju untuk menaiki keretanya. Aduh! Bayarannya 120yuan sekepala untuk ke Kunming Railway Station sahaja. Jauh lebih mahal berbanding menaiki bas yang hanya berapa puluh yuan sahaja. Sudahlah mahal...dihantarnya kami bukan betul-betul di hadapan stesen keretapi. Menapak juga lah aku, Emma dan Azam lebih kurang 200meter. Kurang asam betul!


Suasana depan stesen keretapi Kunming, sangat padat. Untuk masuk ke dalam setiap beg dikehendaki scan terlebih dahulu. Sungguh ketat sekali pemeriksaan. Di kiri kanan kelihatan pegawai awam yang beruniform berkawal. Senyum? Tidaklah! Ketat kelat mukanya. Di stesen keretapi ini pernah berlaku rusuhan sehingga meragut nyawa awam. Berparang! Tak silap aku tahun lepas (bulan March) dan hampir 33 nyawa terkorban. Takut dan gerun pula aku tengok suasana!


Usai scan bag, jejakkan kaki sahaja terpinga- pinga dibuatnya. Haha.. tapi sempat cuka aku sembunyikan cover perasaan. Dengan konfiden  aku menjengah kaunter. Rupanya salah kaunter.  Bila ditanya local di mana kaunter untuk pembelian tiket ke Lijiang diunjukkan kaunter 5. Beratur sudah..Tetapi disebabkan tak confident sekali lagi aku tanyakan pada kaunter pertanyaan. Berpuas hati dengan jawapan ...Kaunter 4 atau 5. Sesi bercakap Cina aku bermula. Alhamdulillah. Dapat juga beli tiket hardsleeper 147yuan/pax. Ketiga-tiga kami ambil paras tengah. Dalam compartment yang sama. Sempat jugak berbual-bual dengan local menanyakan kedudukan katil aku. Dengan murah hati pertolongan diberikan.


Seronok juga ambil katil hardsleeper ni sebab kita dapat tengok ragam local sebenarnya. Bermacam kerenah! Rata-rata aku tengok local dalam keretapi ni asyiknya menjamu selera mee segera. Rupanya dalam keretapi ini ada disediakan air panas. Aku sempat mengisi perut yangkelaparan. Tepat jam 10.00malam lampu mula dipadamkan. Sesiapa yang leka atas kerusi yang terletak di tepi tingkap disarankan masuk tidur. Ini lah kali pertama kali aku tidur dalam keretapi. Sekejap-kejap aku terjaga. Akhirnya terlena juga. Nyenyak!


💌 KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan