Backpacker Ke Guilin : Prolog

Travel trip kali ni lebih kepada menjiwai alam serta melayan perasaan. Kembara aku kali ni setelah ketiadaan arwah mama dan kebetulan tarikh aku berangkat ke Guilin merupakan tarikh kelahiran arwah. Sedih di hati tak siapa yang tahu. Hanya mampu merintih dalam diam menatap alam kurniaan Allah sambil bersyukur serta muhasabah diri.


Dengan pesawat AK168, akhirnya tiba lah aku dan travel buddy (kali ni ditemani Zaid) di Nanning Wuxu Aiport. Setibanya di sana jam sudah menunjukkan 4.30petang. Maka episod Backpacker ke Guilin baru bermula. Belum pun melepasi pintu keluar airport, selepas scan beg, tiba-tiba Zaid dipanggil ke bilik khas. Terpinga aku seketika. Bila terpandangkan Zaid beg Zaid digeladah terus aku menapak masuk. Lawaknya kali ni diperiksa gara-gara nasi impit dan periuk nasi travel hak milik aku. Puas bebenor tau si Zaid explain in English. Sampaikan ketika pegawai sedang kusyuk checking beg terkeluar seluar katok kawan aku dari bagpack dia. Malu-malu alah pula imigresen perempuan itu masukkan kembali. Sengkak aku menahan tawa. Sebenarnya pegawai imigresen tersebut ragu-ragu nak lepaskan nasi impit tu. Kalau la masa tu diorang  nak ambil juga...  nak je aku buka rendang dan serunding bersila depan ruang menunggu situ. Cuak tu ada. Takut sebenarnya kalau-kalau nasi impit aku kena rampas. "Nasib le Zaid.. kena kat kau sebab aku tumpangkan makanan dalam beg kau". Ketawa.


Selesai semuanya, aku dan Zaid terus ke kaunter bas bagi membeli tiket airport transfer ke Nanning City. Tak silap harga tiket hanya CNY20 sahaja. Kaunter bas inj terletak betul - betul selepas keluar pintu arrival. Pilih sahaja Line 1 untuk ke Nanning. Perjalanan dari airport ke Nanning City mengambil masa dalam 40 minit. Sampai sahaja Nanning City, bas tersebut akan berhenti di hadapan  Vienna Hotel. Selepas itu bolehlah menapak ke Nanning Railway Station. Tak jauh pun. Ada lah dalam 1 kilometer juga rasanya sebab banyak construction yang sedang dijalankan di situ.


Proses pembelian tiket di Nanning Railway Station tidaklah sesusah mana. Ada je staff yang bertugas boleh berbahasa Inggeris walaupun sedikit. Nak sebut fast train ke speed train itu yang menjadi masalah. Nasib encik google translate ada. So apabila dah tahu speed train dalam bahasa Mandarin  disebut gaosu lieche, baru lah aku cakap dalam bahasa mandarin dan Alhamdulillah staff tersebut paham. Malangnya dapat tiket tak ada seat. Aku ni asyik mengulang kenangan ja kan! Kenangan Lijiang berulang lagi!


Usai beli tiket dapat lah ke Nanning - Guilin dan dijangka bertolak dalam pukul 8.15 malam manakala tiba Guilin pula dalam jam pukul 11.00malam. Tempoh sejam dari Nanning ke Guilin sangat best kersba berdepan dengan aku mamat ada seorang China yang handsome. Ouh! Berdegup kencang dada saat mata bertentang mata. Dalam kekalutan berdiri dan tergagau -gagau nak selfie tetiba dengar suara. "Nak ambil gambar?" Tegurnya pada aku.


Terkesima aku dengan Zaid. Tak sangka ada yang berbahasa Melayu di luar. Kalut pula aku berbahasa Mandarin waktu itu. Rasa gembira tak boleh nak nak express tau.. Aku tak terpandangkan dah Si Zaid di sebelah. Terasa alangkah bahagianya kalau aku travel secara solo. Serius! Sempat juga welfie dengan mamat China tu skali. Sempat berborak-borak walaupun sekejap.  Rupanya dia berasal dari Liuzhou. Sebaik tiba di stesen Liuzhou sebelum turun mamat tersebut melambai ke arah aku. Serta merta terasa seperti tertinggal jantung di situ. Caittt!




[caption id="attachment_1836" align="aligncenter" width="720"] Jejaka Liuzhuo menawan hati. haha[/caption]

Untuk pengetahuan semua gaosu lieche ini bergerak  200+ km sejam. Pergh.. Laju weeiii. Nasib baik malam, jadi tak der lah nampak pemandangan luar. Sejam kemudian sampai sahaja Guilin, aku terus menapak pula ke Guilin Riverside Hostel. Tak jauh sebenarnya hostel ini dari stesen keretapi. Zaid yang bertindak menjadi pemandu arah. Sampai hostel pun waktu dah lewat. Kami hanya terima notes yang mana dinyatakab masing-masing sudah ada kunci bilik dan diminta esok sahaja check in. Boleh masuk dulu, check in kemudian. Wallawei. Besttt! Usai rehat, bersih diri, panaskan nasi impit dan sebagainya, baru aku turun ke bawah ajak Si Zaid makan. Then apa lagi lepas makan masing-masing masuk ke sarang. Hanyut!


💌 KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan