Cycling Seharian Sekitar Yangshuo

Yangshuo... Yangshuo.. pekikan ulat-ulat tepi jalan memang banyak. Aku dah mangli dan tak larat dah nak elak. Dah dikhabarkan tak nak masih dok tanya lagi. "Kental kak kental. Jangan nak menyembur plak". Aku monolog sendiri. Nasib baik aku mampu bersabar. Ya... kawan-kawan Day 4 kami bergerak ke Guilin. Naik bas. Tak jauh dari Guilin Riverside Hostel terletaknya Guilin Bus Station dan tak jauh dari sini jugak letaknya Guilin South Railway Station. Dekat-dekat sahaja semuanya supaya senang dan memudahkan pergerakan. Tiket bas ke Yangshuo hanya berharga CNY22 untuk bas ekspress. Perjalanan ke sana kira-kira 2jam 15min. Sebenarnya aku lebih teruja nak ke Yangshuo. Sebabnya dari awal perancangan memang aku terpikat nak ke sini. Rasai suasana countryside kononnya.


Setibanya di Yangshuo, aku dan Zaid terkulat-kulat. Betul-betul luar bandar. Stesen bas ni terletak di Jiangjun Road kira-kira 1.6km dari Wada Hostel in Yangshuo tempat aku menginap. Actually ada dua bus station di sini. Satu bus station~long distance satu lagi dalam city yangshuo sahaja (Pantao Road). Dalam terkulat-kulat nak berjalan atau nak naik teksi kami didatangi dua orang auntie mengajak aku dan Zaid naik motor speda. OMG.. menggigil aku atas motor menuju ke Wada Hostel. Kena pulak Yangshuo baru lepas hujan. Mak kau! Terasa membeku.


Siap check in, first aktivity off course la cycling! Memang aku idam dari awal sebelum sampai sini lagi. Best..cycling in da winter, dengan suasana sejuk sangat rare! Berpeluh pun idak tau! Dengan cycling kami menuju ke Big Banyan Tree. Sepanjang ke sana banyak kali juga kami berhenti sebab sejuk satu lagi mengah! Mau tak mengah, kali terakhir aku mengayuh sewaktu di UPSI dulu. Lepas tu gone. Rekreasi jarang sekali. Cuma aktif coaching je.




[caption id="attachment_1755" align="aligncenter" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Ready for cycling. Abaikan muka yang dah mula berbiji hahah. Penangan peralihan musim.[/caption]

[caption id="attachment_1765" align="aligncenter" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Sekejap kayuh sekejap berhenti...dah lama tak mengayuh beginilah kekdahnya[/caption]

[caption id="attachment_1756" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Laluan berbasikal disediakan untuk pengunjung yang ingin berbasikal sambil menikmati keindahan alam sepanjang bukit bukau ini[/caption]

Apa yang boleh aku katakan pengalaman mengayuh sepanjang ke Big Banyan Tree dan Butterfly Spring Park sangat superb! Indahnya alam ciptaan Allah. Tengok bukit-bukit batu kapur megah berdiri di kiri dan kanan jalan. Terfikir sejenak bukit macam ni ada je kat Perak. Kalaulah kita tidak rakus meneroka alam, aku rasa Perak akan ada tempat yang indah walaupun tak seindah di Yangshuo ni. At least ada! Sayangnya manusia tergamak "merogol alam". Maaf, aku rasa perkataan ini memang  sesuai buat mereka yang tidak pandai hargai alam.


Setibanya di Big Banyan Tree, sempat juga aku beli seikat buah rambutan. Lapar sebenarnya. Nak mengunyah pun ya. Pergh! Nikmat tak terkata dapat rambutan. Kalau di Malaysia aku memandang sebelah mata je nih! Maklumlah buah memang aku liat nak makan. Sayur tu pun nasib baik antara main course je. Baru terasa... Allah nikmat makan yang tak tersangga.




[caption id="attachment_1757" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Penat mengayuh kita jamah dulu buah rambutan di depan pintu masuk.[/caption]

Baiklah.. Big Banyan Tree lebih dikenali sebagai beringin merupakan pokok yang berusia beratus tahun sejak dari Dinasti Jin lagi. Pokok ini terletak di Gaotian Village. Bayaran masuk ke sini CNY 20. Pokok beringin ini mempunyai ketinggian setinggi 17 meter dan mempunyai akar yang sangat cantik dan berpintal. Kalau aku hidup di zaman dulu mau aje naik buayan sambil nyanyi-nyanyi bawah ni kan. Untung-untung dapat anak raja.




[caption id="attachment_1758" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA it is just like a huge green umbrella...dah berusia lebih 1400 tahun pokok banyan ni.[/caption]

[caption id="attachment_1759" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Jinbao River[/caption]

Ada juga bamboo rafting yang menunggu di pinggir sungai tepi Big Banyan Tree ni. Nak naik memikirkan nanti nak naik bamboo rafting kat Yulong River. So apa yang nak tu..aku pendamkan aje. Sabar! Masih banyak masa.




[caption id="attachment_1760" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Pemandangan dari sebuah jambatan ketika dalam perjalanan ke Butterfly Spring Park[/caption]

Tak lama di sini, kami bergerak mengayuh basikal ke Butterfly Spring Park. Alahai...bertembung juga dengan rombongan PRC. Riuh tak terkata! Sakit kepala pun ada bila ramai-ramai. Macam mereka sahaja yang melawat di situ. Kami mengambil keputusan untuk masuk juga ke taman ini, tetapi terpaksa selit menyelit di sebalik PRC yang ramai. Kalau kami masih menunggu mereka beredar rasanya tak jadi dah melawat Butterfly Spring Park ni. Sebenarnya nak bagi tahu, waktu ini seekor pun butterfly tak ada. Adakah kerana musim winter?? Butterfly  ni langsung tak menjengah muka pun. Yang ada hanya local show. Aku cuma tengok sipi-sipi sebelum ambil keputusan untuk balik semula ke hostel untuk berehat. Pukul 6.30petang nanti kena bergerak ke tepian sungai Li River pula untuk menyaksikan Liu San Jie Performance. Untuk show ni kami booking melalui kaunter Wada Hostel dengan charge sebanyak CNY180 sekali dengan pengangkutan pergi dan balik.




[caption id="attachment_1764" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Pemandangan dari puncak bukit Butterfly Spring Park. Butterfly?? Nan hado![/caption]

Pertunjukan Atas Air Liu San Jie Performance


Malam, tepat pukul 6.30petang kami dijemput dengan van untuk ke sungai Li River. Waktu Maghrib masuk awal di sini. Pukul 5.30petang sudahpun maghrib. 6.30petang memang dah gelap di luar. Usai sampai di sana kami dikehendaki mengikut grup yang ditandai dengan number 99. Kebetulan ketika show baru nak bermula hujan turun dengan lebat dan kami dibekalkan dengan ponco. Zaid dan aku dapat kawan baru ~ lelaki Korea yang bercuti di China. Mandarin and English lelaki Korea ini quite good. Nasib baik dia ada. Kalau tidak termanggu juga ikut grup China yang langsung tak boleh speak in English.




[caption id="attachment_1767" align="alignnone" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Berkumpul dengan grup sebelum masuk ke pertunjukan Liu San Jie.[/caption]

[caption id="attachment_1768" align="aligncenter" width="3456"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Bergambar bersama tourist dari Korea[/caption]

Oh ya! Terlupa nak khabarkan Liu San Jie Performance ini dipersembahkan di atas air. Ya... pentasnya merupakan SUNGAI iaitu Sungai Li. Terpesona seketika melihat persembahan mereka. Walaupun kurang faham bahasa mereka tapi melalui penceritaan dapat jugak klu apa yang mereka persembahkan. Sangat superb! I love the show. Terfikirkan macam mana mereka bersatu tenaga melakukan semuanya di pentas air. Waktu winter pulak tu. Sejuk. Sesejuk kami di atas podium menyaksikan mereka sambil disirami air hujan. Usai persembahan kami bergerak balik ke hostel. Dan.....waktu inilah, aku tercicir sesuatu! Hmm nampaknya glove tu jadi kenangan la. Atau maksudnya aku akan kembali ke sini? Nobody knows.




[caption id="attachment_1769" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Satu-satunya yang dapat dicapture dengan elok. Persembahan Liu San Jie sangat mengkagumkan. The worls largest theater utilized water as stage[/caption]

[caption id="attachment_1770" align="aligncenter" width="1920"]PC080950.MOV_snapshot_01.04_[2017.06.28_19.05.57] The show is unique, stunning and breathtaking[/caption][caption id="attachment_1771" align="aligncenter" width="1920"]PC080950.MOV_snapshot_01.37_[2017.06.28_19.07.13] Persembahan Liu SanJie banyak  berkisahkan kehidupan etnik Zhuang[/caption]💌 KCF

 

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan