Tarikan Di Guilin Part 1

Seawal 5.30pagi aku dah bangun kali ni. Sebabnya travel buddy aku lelaki dan off course tentu cepat siap dan bergerak pantas. Memikirkan juga kejap lagi dia menunggu aku nak bersiap. Jenuh! Tak mau lah aku kalau buddy kita tertunggu. Lepas mandi siap-siap semua. Aku tunggu  Zaid datang memanggil. Kata nak sarapan sekali kan? Sekali 7.00pagi masih takde jawapan. Argh sudah! Aku beria sebenarnya ni. Almaklumlah aku kalau berjalan for sure excited bangun awal. Nak tahu apa berlaku sebenarnya?? Rupanya dia bangun lewat. Lewat. 7.30pagi baru datang ketuk bilik. Aku punya lah berangin. Nak marah pun ada. Zaid dah bangun lewat dan seharian rupanya aku berjalan sekitar Guilin dengan orang yang tak mandi. Takut aku marah katanya. Jadi di bersiap dengan hanya gosok gigi dan basuh muka sahaja. Pantas!


Suhu di Guilin pagi mencatat 8°c. Sejuk tau. Sejuk. Tapi kali ni aku rasa macam sejuk biasa sahaja. Walhal kalau di Malaysia aircond bawah 16°c aku kalut nak ubah suhu. Pelik! Sungguh nyaman kali ni aku rasakan. Cheewah! Kami mulakan langkah  ke Nanning Railway Station dulu untuk beli tiket balik ke Guilin awal-awal supaya tak berlaku kehabisan tiket macam berlaku pada aku di Yunnan dulu. Tak mahu sejarah berulang lagi. Serik tapi yang serik itu lah kenangan. Tapi menghampakan, rupanya tiket train kat China kalau nak beli di kaunter ni tak dijual awal ye! Paling awal pun 2 hari sebelum bertolak. Jadi nak beli tiket 9hb kena beli 7hb sudahnya. Tak buang masa aku dan Zaid mencari station bus pulak untuk menuju ke Yaoshan Mountain. Kali ni pemandu arah aku tersesat. Naik bus betul dah tapi arah yang salah. Kalau dengan Emma dulu aku lah perancang, aku lah pencari jalan. Sekali dengan travel buddy yang lelaki semua dia nak buat. Bagus dik akak suka. Hahaha!


Dari bandar Guilin ke Yaoshan Mountain sejauh 1.4km. Naik bas je paling senang dan jimat. Walaupun pada mulanya salah arah sampai jugak akhirnya. Bas akan berhenti di jalan utama sahaja. Jadi tabahkan diri berjalan sejauh 1.6km untuk sampai ke atas ya.




[caption id="attachment_1667" align="aligncenter" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Dalam perjalan ke Yao Mountain dengan menaiki bas awam[/caption]

Untuk ke sampai puncak pengunjung boleh naik chairlift atau hiking mengikut laluan yang telah disediakan. Best... aku sangat suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan naik ke atas menggunakan chairlift ini. Seriusly sungguh tenang menghadap alam. Tambahan pula angin menyapa sejuk ke muka..sejuk mata memandang dan jiwa tenang. Hinggakan aku tak peduli pada Zaid yang berada di sebelah. Nampaknya trip kali ni melayan perasaan sungguh. Nasib la Zaid tak kisah dan dia buat hal sendiri.




[caption id="attachment_1668" align="aligncenter" width="4608"] Pemandanngan sekitar menuju ke Yaoshan (Yao Mountain). Tak terasa penat bila tengok keindahan alam sebegini rupa[/caption]

[caption id="attachment_1669" align="aligncenter" width="3456"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Perjalanan ke atas Yao Mountain menggunakan chairlift terbuka. Gayat jugak dibuatnya![/caption]

[caption id="attachment_1670" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Pemandangan keseluruhan pergunungan karst[/caption]

[caption id="attachment_1671" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA One of the spectacular view at the peak[/caption]

Baik, aku kongsikan sedikit tentang Yaoshan Mountain ini.  Yaoshan Mountain merupakan puncak tertinggi di Guilin. Yao Mountain mempunyai beberapa tempat menarik termasuklah Kuil Yao, Kuil White Deer, Jade Breast Pond dan Tianci Field.


Puas menghabiskan masa di atas Yaoshan Mountain kami menuruni mountain dengan cable car ke bahagian tengah. Dari bahagian tengah kami menuruni ke bawah menggunakan tobaggan. Fuh! Sebenarnya gementar juga! Aku memang takutkan kelajuan. Kalau ketinggian tak la takut dan gementar sangat. Tobaggan ni macam kereta sahaja. Kita hanya mengawal kelajuan dengan menarik atau menolak gear yang terdapat di bahagian depan. Kalau ingin bergerak laju tolak je gear tu ke depan. BEST. Time ni lah nak slide menyenget pun. Hahaha.




[caption id="attachment_1673" align="aligncenter" width="2048"]12525292_1746540845582180_8743047651079527788_o Slide down by tobaggan[/caption]

Seterusnya kami ke Jinjiang Maousoleum yang tak jauh beberapa meter dari Yaoshan Mountain. Dalam berkira-kira nak masuk, akhirnya aku ambil keputusan buka bekal dan makan. Usai makan baru bergerak naik bas ke Guilin Solitary Beauty Peak.


Petang itu kami lepak atas beauty peak tersebut. Yang pastinya kali ini memang menggunakan kekuatan kaki untuk naik tangga yang mencanak. Pergh.. menggeletar kaki mak ngah oi! Aku tengok warga PRC yang tuanya gagah je naik. Sedangkan aku dah sehabisnya nafas dok menahan. Satu tahap berhenti, kemudian sambung balik mendaki sehingga ke puncak. Tempat ini sebenarnya merupakan tempat Putera Raja beristirehat sambil tengok pemandangan Guilin City semasa Dinasti Ming. Eh heran ye! Putera Raja Jinjiang ni tak penat ke memanjat? Ye lah memang dengan tangga tapi..... uih naik tu mencanak juga.




[caption id="attachment_1674" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA way up[/caption]

Semasa di atas puncak satu peristiwa yang  tak boleh dilupa jika dikaitkan dengan PRC adalah sikap pengotornya. Anak yang di bawa nak kencing, dibukanya seluar dan zussss pancutnya kat pasu bunga yang kebetulan aku sedang berehat di situ. Terkejut aku! Hish tak de kesedaran sivik langsung. Dah ada papan tanda mengingatkan di atas tiada tandas. Jadi beringatlah jangan minum air yang banyak. Hai.. tak ada tandas pasu bunga tu kau talakan ye? Agak-agak la aku kat sebelah.


Sebenarnya sesak juga di atas ini. Sesak dengan warga China yang banyak dan bila mereka dalam berkumpulan mak aih abis kita! Bukan dia pedulikan kita nak naik ke turun ke, ikut suka mereka ja. Jadi sabarkan jelah hati tengok ragam rakyat.




[caption id="attachment_1675" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA pemandangan Guilin dari atas puncak Solitary Beauty Peak[/caption]

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sebelum matahari melabuhkan diri kami dah turun dari puncak menghala ke Xicheng Road. Misi kali ni mencari nasi. Alhamdulillah dapat jugak makan nasi akhirnya. Sedap la juga. Muslim restauran ini betui-betui terletak berdepan dengan Bank Of Guilin dan Bank of China. Dah kenyang kami balik ke hostel. Kononnya nak keluar malam tu tak menjadi. Penat! Zaid yang aku tau... keluar lepak kat Cafe bawah pekena kopi. Maaflah Zaid aku seharian memanjat tangga bahkan berjalan berkilometer pergi balik. Penat pula nak menapak lagi malam-malam begini. Tidak lah..Baik aku lena. Esok makin jauh lagi perjalanan.


💌 KCF

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan