Tarikan di Guilin Part 2

Hari ini kami menghala ke The Reed Flute Cave atau dikenali sebagai Lu di Yan. Seawal jam 8.00pagi kami keluar menuju ke railway station atas tujuan yang sama seperti semalam bagi membeli tiket dan Alhamdulillah selesai urusan. Banyak urusan dipermudahkan kali ini. Alhamdulillah syukur pada Allah.


Baiklah, semalam sesak atas bas dengan anak-anak muda. Hari ini hari Isnin sesak pula dengan warga tua. Sepanjang perjalanan atas bas penuh warga tua. Apa yang aku perhatikan, warga tua tersebut mengambil peluang untuk bertemu rakan-rakan tidak kisah apa jua keadaan (berbongkok tiga dll), masa yang terluang sanggup mereka menaik bas bertemu rakan-rakan. Macam gelagat orang muda pula lagaknya. Positive part yang aku dapat ambil ialah warga tua ini tidak menjadikan "tua" sebagai halangan untuk beriadah dengan sendiri, bergerak dengan sendiri. Kalau di Malaysia, mak mak nenek-nenek kita mana nak ada leisure macam ni. Aku rasa kalau mama masih ada takdenya aku nak bagi mama naik bas sorang-sorang. Haish!  Ke mana saja baik aku hantarkan. Risau sebenarnya. Dan bila kita di atas bas memberikan laluan kepada nenek dan atuk-atuk untuk duduk..mak aih! Ucapan terima kasih nya tu berkali-kali. Siap cakap xiaojie ni baik. Kembang semangkuk tau! Walhal apa yang kita buat tu bukanlah sesuatu yang besar.


Setibanya di The Reed Flute Cave kami perlu menunggu beberapa minit untuk dibenarkan masuk ke dalam gua tersebut. Gua ini dalam satu-satu masa hanya beberapa orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk mengikut guide yang disediakan. Tak dibenarkan masuk tanpa guide ye. Kami diiringi seorang guide perempuan bernama Cindy. Eh betul ke Cindy? Atau Nancy? Aku pun dah lupa. Kah!




[caption id="attachment_1691" align="aligncenter" width="1024"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Pemandangan dari luar The Reed Flute Cave sangat mendamaikan minda. Tak silap aku sebelah sana kelihatan Guangming Hill[/caption]

[caption id="attachment_1694" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Air terjun mini yang terdapat di taman sekitar The Reed Flute Cave[/caption]

The Reed Flute Cave ini merupakan salah satu daripada empat tapak pelancongan utama di bandar Guilin. Gua ini mendapat namanya daripada sejenis buluh yang tumbuh di luar gua, yang boleh dijadikan seruling merdu. Subhanallah aku suka tengok keadaan dalam gua tersebut. Terdapat pelbagai formasi batu kapur yang unik yang memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk menyaksikan stalaktit dan stalagmit membentuk dalam pelbagai rupa di sini. Aku banyak berfikir dan bermain dengan imaginasi serta pada masa yang sama memikirkan proses terjadinya stalaktit dan stalagmit ni. Serius. Sebagai seorang pendidik yang mengajar geografi, aku teruja untuk mengetahui dan mempelajari ilmu alam ini. Minda aku ligat berfikir. Macam terasa trip lawatan sambil belajar pula.  Belajar menghayati indahnya alam Tuhan serta besarnya Kekuasaan Tuhan menjadikan setiap inci alam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Allah!




[caption id="attachment_1692" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Formasi batuan hasil pemendapan karbonat disimbahi lampu berwarna warni. Nampak menarik untuk dipandang.[/caption]

[caption id="attachment_1693" align="aligncenter" width="3456"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Kepelbagaian rupa bentuk stalagtit dan stalagmit. Dah macam fairyland[/caption]

[caption id="attachment_1708" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Beautiful![/caption]

Terdapat dua show yang ditunjukkan oleh guide di dalam gua ini.  Kelihatan Zaid asyik sekali berborak dengan Cindy. Siap bercanda ketawa lagi. Bersama Cindy, kami tidaklah terasa bosan sementelahan kami lucu dengan gelagat Cindy yang bahasa inggerisnya lebih kurang levelnya seperti kami. Yang penting confident tu kena ada. Sebelum keluar gua Cindy siap mendendangkan sebuah lagu buat kami, katanya lagu rakyat Guilin.




[caption id="attachment_1702" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Terdapat tasik di luar Reed Flute Cave. Pengunjung boleh memudik sampan buluh (bamboo rafting) di sini.[/caption]

Perjalanan seterusnya membawa kami ke Seven Star Park (Qixing Gongyuan). Kali ini di Seven Star Park aku secara tiba tiba sahaja feeling something lost semasa hendak masuk ke masjid. Dibenak teringatkan arwah mama. Walau jauh di China, ingatan tetap pada arwah mama. Lagi aku menahan lagi deras air mata mengalir. Ishh!  Malu sangat kat Zaid. Serius. Doaku tak putus buat mama sebaik melangkah keluar masjid.


Untuk pengetahuan semua, Seven Star Park ini luas. Banyak tempat menarik di dalam taman ini termasuklah Camel Hill, Glory of China Squal, Tianquan Lake, dan Flower Bridge. Kebetulan di Seven Star Park ini juga aku terjumpa orang kampung. Kecilnya dunia! Di Sungai Petani tak pernah jumpa, rupanya di Guilin Allah pertemukan. Terkejut juga sepasang suami isteri berbangsa Cina itu bila aku mampu datang ke sini. Hairan bertandang di fikiran mereka bagaimana aku boleh datang ke sini memandangkan bahasa merupakan satu halangan utama. Aku khabarkan boleh berbicara sikit-sikit Mandarin barulah mereka tersenyum kelegaan.




[caption id="attachment_1703" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Seven Start Park sesuai untuk anak-anak kecil. Ala-ala Children's Park sebenarnya[/caption]

[caption id="attachment_1704" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Sekitar tasik yang terdapat di Seven Star Park[/caption]

[caption id="attachment_1705" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA China's Glory[/caption]

[caption id="attachment_1706" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Limestone hills in Guilin looks like CAMEL. Itu namanya Camel Hill[/caption]

Petang itu sesi menjengah tempat-tempat menarik selesai awal, jadi kami ambil keputusan melepak di cafe (bawah hostel), sekali lagi aku ambil masa bersendirian. Menangis lagi. Di sudut yang dalam aku terasa sangat sedih. Aku hadap sungai yang berada di tepi hostel membawa diri. Kenangan demi kenangan bersama mama dari saat kecil sehingga dewasa dan saat akhir mama semuanya bersatu bermain di minda. Aku mampu berdoa agar arwah mama pergi dengan tenang dan hatiku jua mampu setenang air Sungai Li menghadapi liku-liku kehidupan. Zaid? Dia dengan cara dia. Waktu ni aku tak peduli pun dia. Gamaknya dia layan perasaan gak ka? Entah!


Keindahan Malam Guilin Disimbahi Cahaya


Malam tersebut beria Zaid mengajak aku melihat lampu-lampu malam di Sun & Moon Twin Pagodas,  Guilin. Cantik!




[caption id="attachment_1696" align="aligncenter" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Sun and moon pagoda in Fir Lake. Cahaya lampu menerangi tasik di malam hari[/caption]

[caption id="attachment_1711" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Xicheng Pedestrian Street[/caption]

[caption id="attachment_1710" align="aligncenter" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Penat berjalan cuci mata.. sambil berehat mata ligat memerhati kedai sasaran. Haha! tak tahan dugaan membeli belah katakan.[/caption]

Sempat juga kami meredahi Xicheng Road (Night Market) sekali lagi. Peh! Part ini melemahkan sendi lutut aku. Wang belanja yang aku bawa tidaklah sebanyak mana. Gusar di hati takut berbelanja melebihi had. Almaklumlah winter outfit murah! Dah macam jual baju kat pasar malam pula lagaknya tau dak. Akhirnya tergoda juga untuk membeli sehelai winter outfit. Nasib murah sekitar RM60 je, kalau beli kat Malaysia mau tercekik aku dengan harga RM150++. Tak lama pun meredah melihat suasana malam di Guilin kerana masing-masing perlu balik mengemas. Esok bergerak ke Yangshuo pula!


💌 KCF

 

Comments

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan