Taiping : Cabaran ATV - Adventure Park Larut
Pertama kali mencuba ride ATV, sangat mengujakan. Pihak ATV- Adventure Park Larut pun sangat ramah. Dengan bayaran RM150 kami meredah hutan sehingga ke air terjun (offroad). Jangan risau bagi yang tiada kemahiran atau tak pernah langsung mencuba ATV ini, pihak ATV-APL memberikan peluang untuk kita cuba jaya dahulu sebelum masuk ke laluan sebenar. Dalam 15minit juga kami cuba membiasakan diri dengan gear yang ada. Gear manual atau auto. Yang auto ada F,N & R. Jenuh jugak pulas kawal gear sebagainya. Kaki tangan badan semua kena bersatu (koordinasi) antara satu sama lain.
[caption id="attachment_2247" align="aligncenter" width="2048"] We are here! Aventure Park Larut[/caption]
[caption id="attachment_2248" align="aligncenter" width="2048"] Ha...kena sergah berkali-kali. "Kawal stereng tu...Okay Good!"[/caption]
Dah cekap mengendalikan ATV, barulah dibawa masuk ke hutan. Di sini cabaran bermula. Naik bukit, merentas sungai, redah batu-batuan sungai yang besar, meredah titi dan juga lumpur yang ada. Fuh..bukan main susah rupanya nak mengendalikan ATV ini. Berkali jugak aku hampir terbabas ke gaung kecik. Takut. Dah la Kak Amy tinggalkan aku jauh ke depan.
Layankan gambar-gambar yang ada. Yang pasti memang sangat mencabar. Haiiii seronok pula buat aktiviti ekstrem ni. Tak ingat dunia! Kah!
💌 KCF
[caption id="attachment_2265" align="aligncenter" width="2048"] Meredahi laluan berbukit. Di sini baru feel sebenar terasa. Goyah juga menggendalikan ATV ini[/caption]
[caption id="attachment_2264" align="aligncenter" width="2048"] Sopan ayu aku tempuh lopak. Haha[/caption]
[caption id="attachment_2261" align="aligncenter" width="2048"] Laluan berair yang perlu ditempuh sebelum sampai ke pinggir air terjun[/caption]
[caption id="attachment_2262" align="aligncenter" width="2048"] Berehat sebentar selepas menempuh beberapa halangan[/caption]
[caption id="attachment_2263" align="aligncenter" width="2048"] Untuk sampai ke sini laluan memang sangat mencabar[/caption]
[caption id="attachment_2260" align="aligncenter" width="2048"] Here we go! At Taman Tasik Taiping[/caption]
Comments
Post a Comment