Kota Muslim Tertua China ~ Xi'an
Alhamdulillah jejak kaki akhirnya ke Kota Muslim Tertua ini setelah sehari menghabiskan masa di atas keretapi dari Dunhuang ke Xi'an. Kota Xian adalah saksi dan bukti kejayaan peradaban China dan dunia pada masa lampau (pemerintahan dinasty pertama China, Dinasti Qin dan lainnya berada di Kota Xian). Terbukti banyaknya peninggalan sejarah kejayaan tersebut, seperti patung pasukan Terracotta Army, kemegahan makam kaisar Qin, Bell dan Drum Tower, Great City Wall, Masjid Agung Xian, Wild Goose Pagoda dan Bell tower, Zhong lou.
Pagi tadi sebaik sahaja tiba di Xi'an kami terus gerak ke Xi'an Ancient City Youth Hostel sambil menyusuri Wall Scenic Spot sepanjang 2km untuk menuju ke hotel dari stesen keretapi Xi'an. Tembok ini juga dikenali sebagai Xi'an City Wall, represent one of the oldest, largest and the best preserved Chinese city walls. Ia dibina di zaman Pemerintahan Maharaja Hong Wu.
Lepas mandi dan rehat pukul 12.00 lebih kami gerak mencari makan sementelah perut dah bergendang bunyinya. Allah... Ramainya umat dan pelbagai jenis makanan kelihatan menyelerakan di mata sebaik sahaja menjengah Muslim Quarter ini.
[caption id="attachment_1180" align="aligncenter" width="4608"] Pengaruh Laluan Sutera di dalam masyarakat Muslim Hui ~ roti naan.[/caption]
[caption id="attachment_1181" align="aligncenter" width="4608"] Proses satey kambing. Sedapnya alahai satey kambing ala Xinjiang ini. Boleh bikin air liur merecikss![/caption]
[caption id="attachment_1182" align="aligncenter" width="4608"] For me its too eksotik! Sapa makan kaki kambing? Nah dipersilakan.[/caption]
[caption id="attachment_1183" align="aligncenter" width="4608"] Jus buah delima. Merah-merah delima..[/caption]
Usai makan kami gerak ke Drum Tower (Gu Lou) dan Bell Tower (Zhong Lou) serta Great Mosque
Drum Tower (Gu Lou)
Menara ini dibina pada Dinasti Ming, oleh Maharaja Hong Wu. Yang menariknya menara ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
[caption id="attachment_1176" align="aligncenter" width="2048"] The Xi'an Drum Tower[/caption]
Bell Tower Zhong Lou
Menara ini telah dibina pada tahun 1384 oleh Maharaja Zhu Yuanzhang. Tujuan menara ini dibina sebagai satu cara untuk menguasai bandar di sekitarnya dan juga sebagai mekanisme pertahanan.
[caption id="attachment_1178" align="aligncenter" width="2048"] Bell Tower di tengah kesibukan kota.[/caption]
Usai dua tempat ini kami menjengah sebuah masjid yang masih gah berdiri di tengah tengah kota Xi'an sebelum pulang ke hostel untuk berehat akibat kepenatan.
Great Mosque Of Xi'an
Lebih dari 70ribu penduduk di Xi'an ini datangnya dari Suku Hui yang menganut ajaran Islam. Dengan banyaknya Muslim di Xian, tentunya ada masjid yang dibangunkan untuk beribadah.
Masjid yang bersejarah di kota itu adalah Great Mosque of Xian. Great Mosque of Xian telah dibina sejak tahun 724 masihi. Pembangunannya bermula dari Dinasti Ming dan kemudian diperluas pada masa Dinasti Qing. Sekali pandang tampak seperti pagoda berbeza dengan kebanyakkan masjid yang berkubah besar. Terasa seperti istana maharaja lama-lama. Tiada bayaran dikenakan pada umat seagama. Jika non muslim sebanyak 15¥ dikenakan pada mereka.
[caption id="attachment_1174" align="aligncenter" width="4608"] Masjid Raya Xi'an di Kota Chang'an[/caption]
[caption id="attachment_1175" align="aligncenter" width="3456"] Kombinasi binaan China dan Arab dapat dilihat di masjid ini.[/caption]
[caption id="attachment_1173" align="aligncenter" width="4608"] Khazanah lama[/caption]
Nota Amaran : Di Xi'an ini terdapat ramai peminta sedekah yang memaksa kita derma. Kalau boleh sila elakkan mereka. Apabila tourist police tegur mereka bertindak melawan.
💌 KCF
Comments
Post a Comment