Pesona Urumqi Pada Wajah Warga & Tempat Menariknya
Dua hari perjalanan.. Akhirnya kami tiba juga di Urumqi (sebutan wūlǔmùqí). Urumqi adalah ibu kota daerah Autonomi Provinsi Xinjiang,China. Penduduknya majoriti adalah suku Uighur dan diikuti dengan 16 suku minoriti seperti Han, Kazakh, Hui dan lain-lain. Kota Urumqi tersenarai dalam Guinness Book of Records sebagai kota yang paling terpencil di dunia dan jauh dari garis pantai.
Usai check in pukul 8.00 pagi kebetulan boleh pula check in awal kami ambil kesempatan untuk membersihkan diri sebelum memulakan jelajah Urumqi. Asalnya ingin ke Tianchi Lake namun disebabkan kesukaran mendapatkan tour pada waktu musim sejuk kami mengambil keputusan menjelajah bandar Urumqi sahaja untuk hari ini. Maju dan pesat juga bandar Urumqi yang merupakan ibu negeri bagi Xinjiang.

HONGSHAN atau dikenali sebagai Hill Park Merah (红山 公园, Hong Shan Gong Yuan) merupakan tempat pertama yang kami jelajahi. Perjalanan pagi tadi diiringi dengan kerpasan salji turun bak kapas memutih. Mula terasa di hati berbunga. Dan dan tu jugak perasan macam sedang melakonkan cerita winter sonata dalam salju.
[caption id="attachment_910" align="aligncenter" width="768"]
On the top of Hongshan Mountain[/caption][caption id="attachment_892" align="aligncenter" width="700"]
Pengembaraan empat sekawan[/caption]Baiklah Hongshan Hill ini sebenarnya terletak di tengah pusat bandar Urumqi. Nun jauh ke atas bukit kelihatan pagoda yang dipanggil Zhen Long Ta. Superb! Kiri kanan salji memutih. Masuk ke Hongshan pula adalah secara percuma. Serius saya katakan pada waktu musim sejuk.. Zhege difang hen mei. Banyak yang datang ke sini walaupun sejuk-sejuk sambil menikmati pemandangan indah bandar Urumqi dari atas bukit.
Lebih kurang sejam menghabiskan masa di sini kami bergerak ke Bouwuguan (muzium) Xinjiang Uyghur Autonomous Region Museum untuk melihat serba sedikit tentang silk road dan tak terlepas juga untuk melihat kontroversi artifak iaitu mumia Xinjiang. Masuk ke sini percuma. Sekali lagi tak terlepas bila keunikan muka melayu yang ada pada kami sehingga pengawal dan officer dalam Muzium dah tahu kami orang Malaysia. BANGGA nya saya jadi anak Malaysia.
[caption id="attachment_888" align="aligncenter" width="700"]
Bouwuguan. Ini muzium Xinjiang Autonomous Region. Ambillah peluang lihat mumia Xinjiang di dalam muzium ini.[/caption][caption id="attachment_895" align="aligncenter" width="2048"]
Mummy ancient Europoid yang mana dikebumikan dengan keadaan kaki membengkok.[/caption][caption id="attachment_897" align="aligncenter" width="2048"]
Ini adalah original mumia ya.. Dikuburkan sebegini.[/caption]
Kami keluar dari muzium pada pukul 4.30 petang dan bergerak menuju ke Erdaqioa Market. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pasar itu mata sudah tertancap pada daging bakar yang ada. Eh.. Bukan daging sahaja macam-macam lagi yang menggugat jiwa. Rasa rugi kalau tak shopping kat sini. Boots.. winter jackets, beg tangan. Mak aih memang menggugat jiwa wanita.
[caption id="attachment_891" align="aligncenter" width="2048"]
Soo yummy. Boleh bakar atau rebus[/caption]
[caption id="attachment_894" align="aligncenter" width="2048"]
Murah murah tau baju.. Tp sekarang tengok aje. Jangan disuruh beli nanti jenuh saya nak mengangkut. Kembara ni panjang lagi.[/caption]Baiklah serba sedikit tentang Erdaqiao Market atau dikenali sebagai International Grand Bazar. Terletak di Erdaoqiao Street, Bazar terbesar di Urumqi ini dibina pada 26 Jun, 2003. Bangunan yang penuh dengan gaya dan senibina Islamik ini menjadi mercu tanda di Urumqi. Di sini pengunjung boleh merasai makanan tempatan, menjamu mata malah kalau mahu berbelanja terdapat banyak hasil kraftangan etnik Uighur di sini.
Jujur aku katakan. Cantiknya wanita di Xinjiang ini terutama dari kalangan kaum Uyghur. Mancung eh ala-ala model pun ada. Erti kata lain cantiklah bagi aku sebenarnya. Aku perhatikan ramai di kalangan mereka ramah dan murah senyum. Waktu makan pun masih lagi ada yang senyum dan sering memerhatikan kami. Mungkin kerana tiba tiba muka melayu berbahasa Mandarin walaupun tidak berapa fasih. Aku sedikit sukar sebenarnya bila kaum ini bertutur kerana slanga mandarin seperti bunyi pelik. Tapi jangan tak sangka mereka juga boleh berbahasa Mandarin ya!
💌 KCF
Comments
Post a Comment