Tips Ringkas Travel Menggunakan Train di China

[caption id="attachment_3016" align="alignnone" width="4608"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Bergambar bersama travelmates di hadapan Turpan Train Station[/caption]

Pengembaraan Silk Road akhir tahun lalu lebih banyak menggunakan keretapi sebagai mode utama selain pesawat. "chugga chugga choo choo chooo".. Bunyinye yer?


Sebenarnya bukan apa aku hanya mahu berkongsi sedikit tips saja buat sesiapa yang berminat jelajah China menggunakan keretapi. Di bawah dikongsikan beberapa tips ringkas sepanjang naik keretapi yang menjadi salah satu antara mode utama dalam sistem pengangkutan di China yang menghubung antara satu bandar dengan bandar lain :


Tips 1️⃣ ~ Pastikan Luggage Tidak Melebihi Berat yang Ditetapkan. Light Packing!


Seperti menaiki pesawat, keretapi juga ada had luggage yang dibenarkan. Tak silap aku, 20kg per person (I have read the rules before tapi di mana ya?). Tak perlu risau lah tak ketat sangat pun sebenarnya rules bagi luggage kalau naik keretapi ni. Cuma perlu diingatkan overhead shelf yang disediakan dalam keretapi tidaklah sebesar mana pun. Nanti berebut pula dengan PRC.


Tips 2️⃣ ~ Keberadaan di Stesen Lebih Awal.


Amat penting sebenarnya berada lebih awal agar tidak terlepas keretapi. Tak sanggup aku nak beli tiket lain. Kecuali kalau jenis yang sukakan cabaran. Ala-ala nak berlari berkejaran macam dalam Amazing Race gitu? Tak kuasa aku! Pastikan datang awal. Nanti tercari pulak mana waiting room. Oh ya! Pastikan tunggu di tempat yang betul. Harus diingat stesen keretapi China sesetengahnya besar dan mempunyai beberapa waiting room/section dan 30 minit sebelum keretapi sampai usahlah dok sibuk nak ke sana sini. Di stesen keretapi China biasanya bila tibanya masa boarding kita akan dipanggil terlebih dahulu untuk berbaris dan melalui pemeriksaan bertiket. Ala-ala tiket LRT atau KTM tu. Itu kalau tiket anda warna biru lah. Kalau yang merah biasanya dia akan punch aje.


Tips 3️⃣ ~Jaga Tiket/Boarding pass dan Pasport dan Jangan Hilangkan!


As usual sebelum boarding pasport dan tiket perlu diunjukkan terlebih dahulu (pemeriksaan yang wajib). Kita perlu berbaris panjang melepasi pemeriksaan bertiket. Kemudian barulah dibenarkan masuk ke dalam gerabak keretapi yang sudah bersedia menunggu di landasan. Waktu ini kita dapat tengok suasana seperti "ayam turun dari reban" mencicit lari PRC ni. Jangan berlengah. Bergegas lah dengan cepat walaupun tiket yang dibeli mempunyai nombor seat atau berth. Keretapi ini kebiasaannya tidak menunggu lama. Sekejap sahaja dah mula bertolak. Opsss! Sebelum tu pastikan korang jangan terlupa letak passport dan tiket dalam bahagian beg yang senang nak dicapai tau! Dalam keretapi nanti akan ada lagi pemeriksaan tiket oleh train staff. Aku asyik terlupa je letakkan tiket dalam compartment mana. Lepas tu berpeluh sakan selak poket. Dan jangan hilangkan tau! Kalau dah time boarding tercicir, nanti dah sampai tempat di tuju tak ada tiket untuk melepasi pintu keluar kita akan dikenakan denda. Kalau lebih malang lagi.. Atas train bila check tiket, dan didapati hilang, kena denda! Apatah lagi nak turun melepasi pintu keluar. Itu pun kena lagi. Tak ke parah tu. Jadi jagalah tiket seperti pasport anda.


Tips 4️⃣ ~Duduk pada Seat/Berth yang betul


Awal - awal dulu travel ke China gagau jugak baca tiket dalam tulisan Mandarin. Sementelahan aku hanya tahu bertutur tidak tahu membaca. Tapi nasib lah dah banyak kali naik, jadi bukan satu masalah lagi. Rujuk gambar ye. Kat gambar tu tiket ke Kunming-Lijiang, intai-intai lah bagaimana membaca tiket dalam tulisan Mandarin (huayu).


Tips untuk berth:
上铺 -upper berth (shang pu)
中铺 -middle berth (zhong pu)
下铺- lower berth (xia pu)


15895358_1881053182130945_7496030378969086620_n

Oh ya satu lagi peringatan aku kalau rasa fizikal besar dan sado sebelum beli tiket, pastikan membuat keputusan pembelian tiket pada berth yang selesa tau. Jangan jadi macam rakan aku tersangkut sewaktu hendak menaiki berth tengah. Terkial-kial nak masuk. Nasib le aku kecik molek je. Haha




[caption id="attachment_1932" align="aligncenter" width="4608"]PC060026_edited.jpg Ini ruang atas berth. Belakang aku dan ayu adalah ruangan meletakkan beg. Tidaklah sebesar mana.[/caption]

Tips 5️⃣ ~ Utamakan Keselamatan!


Waktu travel bukan keselamatan diri sahaja yang penting tau tetapi keselamatan barangan kita juga diambil kira. Jangan lah lalai meninggalkan barangan berharga terutama ketika travel sendirian. Menangis tak berlagu nanti. Alhamdulillah travel buddy aku last year bagus-bagus belaka. CAKNA terlebih pun ada. Nak ke toilet, basuh muka sempat jugak minta mereka tengok-tengokkan. Itulah untungnya travel dalam grup ni ada kawan boleh kita boleh bantu-membantu ketika memerlukan.


Tips 6️⃣ ~ Bawa Bekalan Makanan Jika Jarak Perjalanan Jauh.


Oleh kerana Beijing - Urumqi menaiki Train D-type (sleeper train) yang makan masa selama 2 hari, jadi bersiap sedialah dengan bekalan makanan yang ada. Dalam kebanyakkan keretapi di China bagi makanan panas yang disediakan di kantin adalah tidak halal. Aku dah tanya pada ketua staff dalam train semasa trip Silk Road last year. Katanya kalau nak yang halal adalah dengan membeli makanan segera. Nasiblah aku dan rakan memang prepared awal dari Malaysia dengan bekalan makanan. Sesekali ada jugak aku beli mee segera (ada cop halal China) dan ada juga local yang beragama Islam memberikan sebungkus roti buat aku dan teman-teman makan. Tidaklah nanti kelaparan. Terimbau sedapnya air susu dan mee segera waktu kelaparan. Sempat beli lebih tau bawak balik Malaysia.




[caption id="attachment_1933" align="aligncenter" width="4608"]PC070066_edited.jpg 'restaurant koc' sangat bersih dan tenang. Boleh melayan scenary sambil sarapan.[/caption]

Tips 7️⃣ ~ Sediakan Single plug Untuk Mengecas Bateri.


Ini berdasarkan pengalaman aku dalam sleeper train. Dalam satu gerabak biasanya akan ada dua slot plug. So bermakna hanya dua orang sahaja boleh charge dalam satu-satu masa. Satu plug itu hanya satu handphone sahaja boleh di charge. Pastikan charger anda hanya single ya. Jangan ada extension/international plug dan pastikan 2 pin charger. Aku asyik ditegur dengan train staff aje. Dah nak buat macam mana. Dalam pasaran Malaysia, 2 pin charger phone payah nak dapat. So kena la pakai international plug. Dah dua bertindan di situ. Bergaduh aje kejenya nak fahamkan mereka. Jangan lah berdegil nanti asyik jadi sasaran macam aku walaupun tak buat salah siap staff buat muka haha. Aku lagi la buat muka juga. Amboi kalau kawan aku yang lelaki even buat salah manis aja mukanya. Biasalah perempuan. Bias!


Cukup sekadar 7 tips dahulu. Kalau aku rasa ada lagi tips, ditambah kemudian ya. Almaklumlah cepat lupa even baru sebulan berlalu. Sebenarnya dalam hati meronta lagi. Aku dah rindu suasana atas keretapi sambil melayan hati.




[caption id="attachment_1935" align="aligncenter" width="3456"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Water heater disediakan di dalam train. Sediakan sahaja maggi banyak banyak kalau travel berhari-hari dalam train hahah[/caption]

[caption id="attachment_1934" align="aligncenter" width="3456"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Koc train Beijing ➡ Xinjiang bagi 2nd Class Sleeper lebih tertutup berbanding dengan koc train Urumqi ➡ Xi'an, yang lebih terbuka. Nampak tak masing-masing dah mengambil tempat untuk charge handphone.[/caption]

[caption id="attachment_1938" align="aligncenter" width="768"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Ini adalah 1st Class Sleeper Koc. Boleh bandingkan dari segi ruangan tertutup dan hamparan karpet bagi mengurangkan bunyi bising. 1st Class koc sangat kurang penumpang lagi lagi off season.[/caption]

💌 KCF

Comments

  1. السلام عليكم
    Kalau travel dgn train sesuai tak seret baggage kotak? Sebab nampak sis bawak backpack jer.
    Kalau tak keberatan boleh share tak bag yang sesuai dengan 9-10 hari travel….😁

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Trans Mongolian Journey

Tsagaan Suvarga & Gobi Gurvan Saikhan National Park

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan