Posts

Showing posts from March, 2017

Dua Hari Bertamu Di Dali Ancient Town & Erhai Lake

Image
🌼 🌼 Hari Pertama 🌼 🌼 Bait lagu-lagu masih berkumandang lagi di telinga. Berkali-kali sewaktu travel aku putarkan lagu tersebut yang memaparkan keindahan Dali melalui sport mp3 yang juga buatan China. Ya.. Di sinilah terletaknya Tasik Erhai dan teguhnya berdiri Changshan Mountain. Lijiang Old Town telah aku tinggalkan seawal pagi dengan menaiki keretapi. Perjalanan dari Lijiang ke Dali sungguh mempesona jiwa dan raga. Dua jam perjalanan tidak terasa dek kerana mata dan hati teruja melihat keindahan di luar jendela. Dua hari di Dali hanyalah untuk leisure setelah berapa hari penat trekking dan kunjungi tempat tinggi. Makna kata Dali hanyalah tempat untuk rehat sambil nikmati keindahan kota lama yang terletak di antara gunung dan tasik. [caption id="attachment_805" align="aligncenter" width="2048"] Pemandangan Dali dari dalam train[/caption] [caption id="attachment_807" align="aligncenter" width="2048"] Dali Settlement berd...

Menjelajah Ke Kota Kuno Sekitar Lijiang

Image
Dua hari jamu mata dengan view yang mengancam, hari ni aku hanya berlegar-legar di sekitar Lijiang sahaja. Pagi tadi bumi Lijiang disimbahi hujan renyai. Walaupun hujan sempat juga menjengah beberapa tempat menarik sekitarnya.   Kota Lijiang dari Puncak Lion Hill Park. Aku terpanggil nak menjejak tempat ni setelah terbaca travelog seseorang. Tak ingat dah siapa pemiliknya.  Baik.. Antara tempat menarik untuk saksikan Kota Lijiang secara keseluruhan ialah dengan mendaki hingga ke puncak Lion Hill. Sebenarnya atas puncak ini juga kita dapat saksikan matahari terbit dan terbenam dengan pemandangan yang memukau berlatar belakangkan Jade Dragon Snow Mountain dari kejauhan. [caption id="attachment_773" align="aligncenter" width="2048"] Menuju ke puncak Lion Hill. Jalannya berturap elok.[/caption] [caption id="attachment_776" align="aligncenter" width="2048"] Uniknya senibina bumbung di Kota Lijiang[/caption] [caption id="atta...

Seharian Melewati Di Kaki Gunung Salji Jade Dragon

Image
Dua kali menjengah ke Lijiang.. Aku tak pernah sekalipun naik ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM). Tak teruja ke? Entah. Actually aku risau simptom AMS. Sampai sebegitu sekali. Kali kedua plan aku hanya tertumpu pada sekitar JDSM. Nak ke sini tak perlu dah guna tour bagai kalau nak jimat. Naik bas (sebenarnya van) bernombor 7 di hadapan Hongtaiyang Square. Bayaran masuk ke JDSM adalah sebanyak 130¥. [caption id="" align="aligncenter" width="3328"] Van ke JDSM bernombor 7 sedia menanti di hadapan Hongtaiyang Square[/caption] [caption id="" align="aligncenter" width="3328"] Hongtaiyang Square[/caption] Ada banyak scenic park kat dalam JDSM ini. Antaranya Ganhaizi (Glacier Park), Yunshanping (Spruce Meadow), Maoniuping ( Yak Meadow), Blue Moon Valley dan lain -lain lagi. Semua tempat ini termasuk dalam bayaran tersebut kecuali electric cart dan ropeway (cable car). Jom kenali dua tempat yang aku kunjungi. Yunshanping - A place ...

Trekking di Pagi Hari : Middle Section of Tiger Leaping Gorge

Image
Alhamdullillah tercapai juga nak trekking and hiking ke Middle Gorge pagi ni. Usai solat subuh.. Lepas jamah sedikit makanan aku dan zaid dah bersiap sedia nak melangkah. Semalam bukan main dok bincang masa makan nak ke Middle Gorge dengan kereta la apa la.. Last dengan kaki jugak melangkah 6.4km pergi balik plus dengan 4km return trekking ke middle gorge. Nak tercabut lutut jugak. Sebenarnya di sini ada banyak route y ang disediakan oleh local farm  dan dikenakan bayaran RMB 5-10 per person. Perjalanan ke middle gorge tak memenatkan tambahan pula dengan irama alam. Subhanallah. Cantik, tenang dan mendamaikan. Jauh.. Jauh dari segala kesibukan. Sambil berjalan aku memikirkan andai rezeki semalam sudah menjadi milik org lain.. Murahkan rezeki aku pada sisi yang lain. Mudahkan jugak urusan seharian abah dan adik-adik. Bak dikata doa masa mengembara insya allah akan dimakbulkan olehNYA. [caption id="attachment_688" align="aligncenter" width="2048"] Suasana p...