Trekking di Pagi Hari : Middle Section of Tiger Leaping Gorge
Alhamdullillah tercapai juga nak trekking and hiking ke Middle Gorge pagi ni. Usai solat subuh.. Lepas jamah sedikit makanan aku dan zaid dah bersiap sedia nak melangkah. Semalam bukan main dok bincang masa makan nak ke Middle Gorge dengan kereta la apa la.. Last dengan kaki jugak melangkah 6.4km pergi balik plus dengan 4km return trekking ke middle gorge. Nak tercabut lutut jugak. Sebenarnya di sini ada banyak route yang disediakan oleh local farm dan dikenakan bayaran RMB 5-10 per person. Perjalanan ke middle gorge tak memenatkan tambahan pula dengan irama alam. Subhanallah. Cantik, tenang dan mendamaikan. Jauh.. Jauh dari segala kesibukan. Sambil berjalan aku memikirkan andai rezeki semalam sudah menjadi milik org lain.. Murahkan rezeki aku pada sisi yang lain. Mudahkan jugak urusan seharian abah dan adik-adik. Bak dikata doa masa mengembara insya allah akan dimakbulkan olehNYA.
[caption id="attachment_688" align="aligncenter" width="2048"] Suasana pagi hari ni TLG[/caption]
[caption id="attachment_685" align="aligncenter" width="2048"] Kelihatan Haba Snow Mt. kemerah merahan disinari cahaya matahari di waktu pagi[/caption]
Okay... Sedikit info tentang Middle Gorge. This section actually is located at the end point of the high path hiking. It is also where the Tina’s Guest House is located. Aku tak ambil route tepi Tina's GH. Ambil 1 kilometer sebelum Tina's GH (dari arah lower section). Untuk ke sini ada dua route pilihlah yang mana ikut kemampuan. Tapi ketahuilah dua dua laluan memang mencabar dan berbahaya jika salah langkah. Menuruni cerun dan batu-batuan.
[caption id="attachment_682" align="aligncenter" width="2048"] Go down from here 10 mins. Hampir 10-15 minit juga sebenarnya. depends on your fitnes.[/caption]
[caption id="attachment_687" align="aligncenter" width="2048"] Merentasi route yang dijaga baik oleh penduduk sekitar.[/caption]
Hati berbunga-bunga tengok ngarai terdalam ni dari arah yang dekat. Sebenarnya boleh turun lagi tapi jalannya harus diambil di sebelah Tina's GH. Sambil berteleku dari atas batu, tak berkedip mata memandang TLG ini. Nikmat kesihatan (walau hakikatnya aku bknlah seorang yg sihat, tapi syukur), nikmat mata.. nikmat tenang. Syukur sangat dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Aku tak ambil masa yang lama dekat jurang. Tambahan pula angin bertiup kuat. Rasa nak melayang aja badan ni.Cepat-cepat aku berlindung sebalik batu. Kuatnya angin sehingga kulit tangan menjadi merah-merah. Tapak tangan pula rasa membeku. Tapi nyaman.
[caption id="attachment_689" align="aligncenter" width="576"] Angin di sini bertiup kuat. Senyum dalam kepuasan apabila dapat menjejak kaki ke TLG[/caption]
[caption id="attachment_683" align="aligncenter" width="2048"] Di sebalik batuan sebelah sana, ada jalan yang lebih mencabar dan curam.[/caption]
[caption id="attachment_684" align="aligncenter" width="2048"] Pemandangan dari sisi atas[/caption]
Sejam duduk berteleku sambil jari jemari ligat menekan butang capture. Masing-masing asyik dengan kamera. Oh ya.. Pernah juga aku share jambatan yang berada di tengah TLG dlu kan? Dari atas jelas kelihatan. Usai semua, langkah di atur menuju ke atas. Dugaan jugak nak naik pabila meniti batuan dan Alhamdullih I'm done the activity. Hiking and trekking di antara top 5 China spot trekking route. Orang buat Upper Section (tourist attraction) tapi nampaknya jiwa aku lebih memilih lain dari yang lain. Adventure lebih memikat hati rupanya.
Sekian dulu.. Pukul 3.00 petang nanti dah nak gerak semula ke Lijiang. So malam ni masih lagi aktiviti hiking. Eh iyer ker?? Okay ke mana kita? Tunggu.
💌 KCF
Salam sis.. Nak tnye. Berapa jam hiking?
ReplyDelete