Seharian Melewati Di Kaki Gunung Salji Jade Dragon
Dua kali menjengah ke Lijiang.. Aku tak pernah sekalipun naik ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM). Tak teruja ke? Entah. Actually aku risau simptom AMS. Sampai sebegitu sekali. Kali kedua plan aku hanya tertumpu pada sekitar JDSM. Nak ke sini tak perlu dah guna tour bagai kalau nak jimat. Naik bas (sebenarnya van) bernombor 7 di hadapan Hongtaiyang Square. Bayaran masuk ke JDSM adalah sebanyak 130¥.
[caption id="" align="aligncenter" width="3328"] Van ke JDSM bernombor 7 sedia menanti di hadapan Hongtaiyang Square[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="3328"] Hongtaiyang Square[/caption]
Ada banyak scenic park kat dalam JDSM ini. Antaranya Ganhaizi (Glacier Park), Yunshanping (Spruce Meadow), Maoniuping ( Yak Meadow), Blue Moon Valley dan lain -lain lagi. Semua tempat ini termasuk dalam bayaran tersebut kecuali electric cart dan ropeway (cable car). Jom kenali dua tempat yang aku kunjungi.
Yunshanping - A place for Lover die for Their Loves
Turut dinamakan sebagai 'Splendid Vale', Yunshanping adalah padang rumput yang besar tersembunyi di sebalik hutan yang terletak di kaki gunung Jade Dragon Snow Mountain, (JDSM). Tempat ini berada di ketinggian 3240meter. Kena naik cable car tau nak ke sini.
Tatkala berdiri di atas pelantar berdekatan padang rumput ini.. mata menatap penuh syahdu luasnya padang rumput yang tampak kekuningan. Kelihatan tenang dan cantik sekali dengan di belakangnya disajikan pemandangan JDSM diselaputi salji dari jarak yang dekat. Untuk pengetahuan semua, setiap tahun rupa padang rumput ini bertukar wajah apabila musim bunga, panas, sejuk dan luruh silih berganti. Hanya JDSM kekal dengan salji sepanjang tahun. Sesekali di satu sudut kelihatan juga yak dan kambing berkeliaran meragut rumput di hutan-hutan berdekatan padang nan luas ini. Terkejut jugak aku melihat gelagat kambing gunung di sini. Liar. Tidak takut pada pengunjung malah rakus menghampiri jika di tangan kita ada makanan. Korang ingat kambing gurun makan rumput aje? Haha idak le. Demand. Roti bagai kot.
Yunshanping atau dalam bahasa Naxi bermaksud "place for love die for their loves". Really?? Ya itulah hakikatnya. Menurut hikayat lama Dongba (Lubanlurou), menceritakan perihal sepasang kekasih sanggup mati demi kekasih hati. Segala pancaroba ditempuh sehinggalah ke Yunshanping JDSM ini. Ah.. Kalut! Aku tak nak ulas pasal kekasih.. kasih hati... perasaan. Hmm sejenak otak terfikirkan tentang lagu yang pernah didownload "lari ke Lijiang City bersama Kekasih Hati". Apa kaitan? Ye kaitannya kat sini sepanjang aku ambik gambar, menatap pemandangan JDSM yang memukau itu, mata aku tak terkecuali memandang gelagat pasangan yang berkunjung di sini. You know what? Tua ka muda ka, aduh romantisnya. Si lelaki tua, manakala perempuannya muda amat. Si lelaki kurang sikit rupanya tetapi si wanita mak aih persis model lagaknya. Terkebil-kebil aku memandang. Bukan keindahan alam sahaja tetapi otak ligat mengaitkan dengan apa yang aku baca dan apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri. Konflik betui aku ni. Suka fikir macam-macam.
[caption id="attachment_725" align="aligncenter" width="2048"] JDSM dari arah yang dekat[/caption]
[caption id="attachment_724" align="aligncenter" width="2048"] Yunshanping plank road[/caption]
[caption id="attachment_720" align="aligncenter" width="2048"] Segar mata memandang hutan gunung.[/caption]
[caption id="attachment_719" align="aligncenter" width="2048"] Opsss salji di tengah padang yang kuning kering[/caption]
[caption id="attachment_723" align="aligncenter" width="2048"] Haaaa... Ni pasangan suami isteri. Uncle ni siap baring cantik aje untuk ambil pose isterinya. Sambil menceceh suruh isteri pose gitu gini. Sweet kan???[/caption]
[caption id="attachment_722" align="aligncenter" width="2048"] I'm here. Place a lover die for their loves. Nampak gunung sinun? Yang tu ikut lagenda Lubanlurou diorang terjun dari gunung hadap padang ni. Huhu.. Haish bunuh diri kenapa la.. Baik idup atas lembah ni kan??? Santek kot.[/caption]
Birunya Air Sungai Di Blue Moon Valley
Usai memgunjungi Yunshanping arah tuju seterusnya ialah untuk melihat air sungai yang berwarna kebiruan di Blue Moon Valley.
Blue Moon Valley (BMV) terletak berdekatan dengan Yunshanping hanya perlu menaiki shuttle bas yang disediakan. Sebut sahaja Blue Moon Valley, nah.. mestilah terkenal dengan sungainya, Baishui River. Untuk pengetahuan semua, sungai di sini airnya tidak boleh diminum tau kerana mengandungi ion tembaga.
Air sungai di sini jelas tampak biru turquoise. Lembahnya pula berbentuk bulan sabit. Tapi sayangnya air tak banyak. Tak nampak pula memenuhi kolam berbentuk bulan sabit yang banyak-banyak seperti yang aku lihat dalam internet. Maybe ais di atas gunung belum mencair agaknya.
Punca utama air sungai ini datangnya dari salji yang mencair dari pergunungan JDSM yang nampak jelas dari lembah ini. Terasa jatuh cinta memandang BMV.
[caption id="attachment_726" align="aligncenter" width="1152"] Blue Moon Valley menghadap gunung JDSM[/caption]
[caption id="attachment_721" align="aligncenter" width="2048"] Sempat menikmati coffee dan cappucino sambil melayani pemandangan indah[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Air membiru di BMV manakala di kejauhan JDSM diselimuti putih salju[/caption]
Comments
Post a Comment