Menyelusuri Ruang Lingkup Sejarah di Kota Istimewa Jogja

"Dahulu adalah pemandian
sekarang adalah reruntuhan
dan mungkin tiap rumah dan toko di tapak kaki
adalah bulirbulir penyangga sang raja
saat tiap istri berangkat menjadi selir
dalam setiap basah malam


Taman Sari adalah karat
yang menetakkan panjang aubade sakral
hingga runtuhnya masih belum terlepas
dari onggok sepi keagungan
Runtuhmu sisakan banyak legenda


“Hanya10 minit dari alun-alun utara jika ingin membuka salah satu tabirnya…”
tawar putra juru kunci yang mencoba jajakan sejarah,
entah versi keberapa…"


Terkenang nota nukilan dari seberang tentang taman sari ini yang pernah aku baca. Sungguh mendalam sekali kata kata si penyajak tentang Taman Sari Yogjakarta ini. Bagi aku sukar untuk memahami sejarah. I hate that. Walaupun aku mengajar sejarah.   Haish.. Agaknya macam mana pula kembara aku kali ini dapat aku kisahkan ke semuanya.


Menjejakkan kaki ke kota Jogja aku lihat sama seperti mana-mana bandar di Indonesia. Macet! Tetapi tidaklah sehebat Jakarta. Sesekali aku bersembang bersama Mas Yana ku korek sedikit-demi sedikit tentang tempat kelahirannya. Sesekali pula aku mengelamun bersendirian.  Namun tersentak lamunan aku sebaik sahaja kereta yang dinaiki dipandu Mas Den Yana tiba ke destinasi pertama iaitu Taman Sari  Keraton. Menonong aku dan Kak Nas menuruni kereta menghala ke kaunter bagi menyelesaikan daftar masuk di sana. Oleh kerana rupaku seiras warga Jogja (kah!) pembelian tiket diberikan kepada aku pada harga lokal. Namun terbongkar bila kami disekat pada bahagian pemeriksaan bertiket. Hahaha lawak! Dah la kena tarik tangan beli tiket lagi.  Bukan salah aku salah lokal yang menjaga tiket.  Gamaknya hanya aku sekadar menutur kata 'dua' dan 'berapa'.  Eh! Cakap kedah baq hang.


Menyelusuri Taman Sari Yogyakarta yang padat juga dikunjungi lokal menyebabkan tak banyak aku dapat abadikan gambar cantik.  Nak shoot satu pic sahaja adeh! Ambil masa. Taman Sari Keraton Yogyakarta ini adalah bekas taman Keraton Yogyakarta yang dibina pada zaman pemerintahan Sri Sultan Hamengku Buwono I (1758 - 1765). Terdapat beberapa bahagian dalam Taman Sari atau lebih dikenali sebagai Water Castle ini. Dalam 15mins aku menjengah aku mula mengajak Kak Nas ke tempat berikutnya...Prambanan Temple.




[caption id="attachment_3364" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Corak bangunan Taman Sari[/caption]

[caption id="attachment_3365" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Very touristic..  Nak ambil gambar kosong tanpa pengunjung tu.. Abaikan aja.  Bangunan bertingkat tu tempat raja melihat selir bersiram[/caption]

[caption id="attachment_3366" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Kolam Umbul Pemuncar danUmbul Cemeti merupakan kolam di mana permaisuri, selir,  dan putra putri sultan bermandi manda[/caption]

[caption id="attachment_3368" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Tangga menuju ke kompleks atas.[/caption]

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalam jam 3.00 petang Mas Yana memandu mobil bergerak ke Candi Prambanan yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jogja. Candi Prambanan ini dikenali juga sebagai Candi Loro Jonggrang. Candi di sini adalah kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia yang dibina pada abad ke 9 oleh raja-raja Wangsa (Dinasti) Sanjaya.


Terdapat 3 candi utama dipersembahkan untuk Trimurti iaitu Candi Wisnu, Brahma, dan Siva. Namun, Candi Siva adalah candi yang paling dimuliakan dalam kompleks candi ini. Sungguh aku tidak pandai untuk huraikan setiap inci seni bina candi Prambanan melainkan menunggu sang suria melabuhkan tirainya.




[caption id="attachment_3389" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Candi Prambanan sebenarnya persembahannnya lebih kepada DewaSiva. Nampak tak candi induk di tengah tu adalah kompleks candi Dewa Siva yang berketinggian 47 meter.[/caption]

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

[caption id="attachment_3390" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Candi candi yang terdapat di Prambanan.  I forgot the name. Hiks![/caption]

[caption id="attachment_3403" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Menurut kepercayaan Hindu Buddha, Candi-candi ini ialah Candi Trisakti : Siva Sang Penghancur, Betara Visnu Sang Pemelihara Betara Brahma Sang Pencipta. Saya sempat menjenguk le dalam.. Hanyalah stupa kecil di dalamnya[/caption]

[caption id="attachment_3415" align="alignright" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Puing-puing runtuhan yang ada[/caption]

Bagi aku destinasi archeotourism ini sangat menarik untuk dikunjungi jika benar kita ingin meninjau pengaruh sejarah peradaban dunia ke seluruh Asia Tenggara khususnya atau dunia secara amnya.  Naif sejarah macam aku ni, cukuplah untuk aku tahu bahawa candi ini merupakan bukti indianisasi di Pulau Jawa suatu ketika dahulu. Untuk mengejar sunset di sini seeloknya masuk ke kompleks sebelum pukul 5.30petang kerana kompleks ini ditutup awal. Sambil menantikan terbenamnya si mentari, Kak Nash dan aku berlegar-legar di kompleks candi sambil mengambil gambar berkeping-keping. Berbaloi tunggu sehingga terbenam mentari.  Disebalik gah binaan manusia di Prambanan,  laungan azan maghrib memenuhi ruang angkasa raya .  Allah.. Betapa Maha Agungnya Allah Tuhan segenap alam menjadikan bumi siang dan malam.




[caption id="attachment_3363" align="aligncenter" width="2048"]OLYMPUS DIGITAL CAMERA Suatu senja di Prambanan Jogja[/caption]

💌 KCF
Image and video hosting by TinyPic

Comments

Popular posts from this blog

Dua Hari Bertamu Di Dali Ancient Town & Erhai Lake

Indahnya Pemandangan...Journey To Barkam!

Ku Kira Jejaka Kimchi Rupanya Whale Yang Lebih Menarik Hati