Prolog : The Jewel Of Java ~ Jogjakarta
Zhangjiajie ke Jogja? Desis hati aku. Pada asalnya hajat hati nak pergi ke Zhangjiajie terpaksa aku lupakan. Lagipun aku dah tak ada hati nak pergi selepas kes salah faham timbul antara aku dan kenalan fb. Kesnya hanya kerana ada seorang lagi kenalan fb nak mengikut/join trip ke Zhangjiajie asyik pertikai cara aku ke sana. Kenapa aku tak mula dari sini, kenapa tak naik keretapi ke sini dulu and kenapa tak lajak hari bercuti..Dah tu komen tak best ke Zhangjiajie (sedangkan dia belum pun pergi). Route aku pula nak direct Nanning-Zhangjiajie. Sebenarnya siapa nak join siapa? Oleh kerana tak nak ada apa-apa pertikaian nanti dan aku tak nak aku pula makan hati (budget aku ciput jugak sebenarnya). Terfikir juga belum pergi dah banyak sangat itu ini, dan aku jugak terfikir nak Kiv trip Zhangjiajie ke tahun berikutnya (nak lebih explore nature bukan shopping!!!), sebaiknya aku bertukar plan pula ke Indonesia dengan rakan sekerja satu sekolah iaitu Kak Nas. Nak bercuti tak nak lah aku pening kepala dan tak nak lah timbul tak puas hati nanti. Lagipun kos lebih murah jika ke Jogja. Sebaik sahaja beli tiket.. Maka jejari aku ni tak henti-henti search and study.
Jogja Jogja tetap istimewa
Istimewa negerinya istimewa orangya
Jogja Jogja tetap istimewa
Jogja istimewa untuk Indonesia
Kota Istimewa Jogja. Apa istimewa Jogja?? Pada awalnya aku hanya melihat banyak tempat menarik hipstur tumbuh bak cendawan. Walaupun satu ketika gamat filem AADC2 mempromosikan destinasi ini, ternyata belum nampak istimewanya di mata aku.
Aku mainkan lagi jejari comel ke atas papan keyboard. Bukan tempat hipstur yang aku carikan. Tapi aku ingin lihat alam dan warisan budayanya. Peluang cerah. Masih boleh dipertimbangkan, fikirku. Mula terbayang di mata. Candi candi besar nan kuno, pantai nan indah bertebing tinggi. Terbayang juga betapa sukarnya menjejak puing-puing Sang Merapi!
Masa kian berlalu. Bulan berganti bulan. Tik tik tok tok hari pula berganti hari. Detik demi detik.
Akhirnya, 26 Ogos 2017...
Sejarah ning kene wis mbuktikake
Jogja istimewa bukan hanya tuk dirinya
Jogja istimewa untuk indonesia..
Istimewa atau tidak. Tunggu sekejap lagi akan aku jelajahinya. Eh? Nampaknya Kembara Cikgu Feesya memulakan kembali langkahnya. 😉

💌 KCF
Comments
Post a Comment