Posts

Showing posts from March, 2018

Melewati Chinggis Khan Statue, Sang Penakhluk Dari Mongolia

Image
Cuaca menunjukkan -29 °c. Pagi-pagi lagi aku dan rakan sekembara sudah bersiap sedia untuk meneruskan penjelajahan kami menjelajah bumi Mongolia bagi hari-hari yang bersisa. Hari ini kami bakal meneruskan perjalanan yang panjang juga dari Khogno Khan menuju ke sekitar Ulaanbaatar.  Mana lagi kalau tidak menjengah mercu tanda Mongolia iaitu Chinggis Khan Equestrian (Statue). Sejauh 365 kilometer perjalanan kali ini menghubungkan Khogno Khan ke pinggir Tov, Ulaanbaatar. Perjalanan kami pagi itu sempat dihiasi dengan pemandangan alam indah. Matahari bangun pagi! Terbitnya sang mentari di ufuk timur indah sekali aku rasakan. Cantik! Indahnya ciptaan Ilahi. [caption id="attachment_4855" align="aligncenter" width="1280"] when they see beauty of the world... [/caption] Sebaik perjalanan yang panjang diteruskan aku mula memejamkan mata. "Jauh lagi perjalanan hari ni. Lena berkali -kali pun sempat ni", desis aku sendiri. Sungguh sudah beberapa hari menem...

Terujinya Perjalanan Menuju Khogno Khan Mountain.

Image
Seawal pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Bulgan, kami mengunjungi dahulu Erdenezuu Monastery. Erdenezuu Monastry merupakan satu-satunya kesan peninggalan yang masih utuh iaitu biara yang dibangunkan dengan menggunakan bebatuan dari runtuhan Karakorum pada zaman dahulu. Di dalam Edenezuu Monastery ini terdapat beberapa temple yang masih digunapakai sebagai tempat beribadat. Selebihnya temple tersebut telah diubah suai menjadi muzium sejak 1947. Sepanjang melewati Erdeneezuu aku lebih senang memerhatikan kesan tinggalan lama ~tapak luas seluruh kawasan tersebut yang telah lama dibina. Walaupun Bymba mengajak kami menjengah setiap inci temple, aku tidak teruja untuk melihat patung-patung berhala yang ada. Sekadar menjenguk tepi pintu. Tidak sampai setengah jam melewati Erdenezuu kami meneruskan perjalanan ke daerah Bulgan yang terletak kira-kira hampir 100 kilometer dari bandar Kharkhorin. Sebelum itu kami sempat melihat monument berbatu yang berbentuk penis di sebelah Erdenezuu . Jan...

Lokasi Perbezaan Siang Malamnya Aneh Yang Menarik Untuk Dilawati

Image
Oleh kerana aku seorang guru. . . Maka hantaran ini aku buat untuk rujukan aku dan anak didik seterusnya boleh dimanfaatkan sebagai ilmu. Maaf bukan setakat nak kongsi kejadian. . Tapi di ruangan KCF ini aku nak kongsi tempat-tempat menarik juga. Wink! (semangat kembara tu tetap ada! ) Dalam kita menjalani kehidupan di muka bumi, siang malam berganti, musim pula silih bertukar, rasanya agak ramai di antara kita sedar atau tidak, semua ini disebabkan oleh beredarnya sang bumi di atas paksinya. Peredaran bumi ini menyebabkan kejadian 4 musim berlaku. Dan apabila musim bertukar, kebanyakkan negara yang mengalami 4 musim ini siang dan malamnya tidak sama panjang. Beralih pada bumi. Sedar tak kita bumi miring 23½°. Lihat gambar di bawah untuk pemahaman. Kita ambik contoh soltis musim panas. Nampak hemisfera (kutub) utara? Nampak hemisfera (kutub) selatan? Dua bahagian bumi ini apabila matahari tegak di salah satu garisan sama ada di garisan Jadi atau Sartan, kedua-dua belahan bumi ini menga...