Posts

Pesona Urumqi Pada Wajah Warga & Tempat Menariknya

Image
Dua hari perjalanan.. Akhirnya kami tiba juga di Urumqi (sebutan wūlǔmùqí). Urumqi adalah ibu kota daerah Autonomi Provinsi Xinjiang,China. Penduduknya majoriti adalah suku Uighur dan diikuti dengan 16 suku minoriti seperti Han, Kazakh, Hui dan lain-lain. Kota Urumqi tersenarai dalam Guinness Book of Records sebagai kota yang paling terpencil di dunia dan jauh dari garis pantai. Usai check in pukul 8.00 pagi kebetulan boleh pula check in awal kami ambil kesempatan untuk membersihkan diri sebelum memulakan jelajah Urumqi. Asalnya ingin ke Tianchi Lake namun disebabkan kesukaran mendapatkan tour pada waktu musim sejuk kami mengambil keputusan menjelajah bandar Urumqi sahaja untuk hari ini. Maju dan pesat juga bandar Urumqi yang merupakan ibu negeri bagi Xinjiang. HONGSHAN atau dikenali sebagai Hill Park Merah (红山 公园, Hong Shan Gong Yuan) merupakan tempat pertama yang kami jelajahi. Perjalanan pagi tadi diiringi dengan kerpasan salji turun bak kapas memutih. Mula terasa di hati berbunga...

Luas Pandangan Jauh Pengalaman Indahnya Pemandangan

Image
"Luas pandangan jauh perjalanan Bertambah pengetahuan pengalaman Namun bahagia belum ku temui Kiranya yang ku cari ada di sini" Jauhnya perjalanan Beijing - Urumqi menggunakan keretapi kali ini. Perjalanan yang mengambil masa selama dua hari merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Meskipun dua hari di atas keretapi perjalanan panjang ini tidaklah membosankan jika diisi dengan perkara yang menggembirakan dan menyenangkan hati. Aku lebih senang mencoret secara maya sekejapan melayan rakan berbual malah bersembang dengan Uncle yang sering tampak teruja bila aku berbahasa Mandarin. Sesekali diselang seli dengan melayan panorama yang menyejukkan mata di sebalik jendela keretapi. Secara jujur jikalau tanya mengapa saban tahun aku ke China jawapannya hanya 'entah'. Sebab apa.. Anda perlu saksikan dulu kepelbagaian geografi fizikal di sini. Itu sebabnya saya jatuh hati ❤ . Baiklah berkisarkan pada scenary sepanjang perjalanan panjang dalam train. Jika dari Bei...

Intai Sejenak Forbidden City, Beijing

Image
"Seribu impian indah menghias jiwa Bagaikan permata, Setinggi langit biru, mimpi kita Abadi selamanya" Impian aku beribu.. Alhamdulillah dalam beribu itu impian untuk jelajah Silk Road mula menampakkan jejaknya. Tepat jam 1.30 pagi aku menjejakkan kaki ke bumi Tiongkok Eh?! Tiongkok? Ya atau lebih dikenali sebagai People Republic of China . Dah terfikir tadi sampaikah aku? Risau sebenarnya bila menempuh air pocket yang lama. Suhu di luar menunjukkan 1°c. Kami berehat di Terminal 2 sahaja sebelum mengambil keputusan untuk bergerak esoknya. Bila berkampung sebentar di Terminal 2, kelihatan ramai rakyat kita bercuti di Beijing. Masing-masing dengan route percutian sendiri. Usai solat kami bergerak menaiki airport express ke Dongzhimen untuk ke Beijing Railway Station. Baiklah sebenarnya tak susah di sini kalau mahir dengan route Beijing subway. Download sahaja route offline . Insya Allah tak sesat. Usai tukar voucher dengan tiket train sepanjang yang sudah ditempah online k...

China Silk Road

Image
Tentu ramai yang pernah dengar tentang Silk Road/Route(Laluan/Jalan Sutera) kan..dalam buku Sejarah sekolah menengah pun ada ceritakan sedikit tentang laluan perdagangan ini. Sebenarnya, orang yang mewujudkan istilah jalan sutera ini ialah ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen (1877). Kalau korang nak tahu laluan/jalan sutera ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah. Laluan ini adalah laluan perdagangan yang terawal sejak berabad yang lalu. Banyak laluan sebenarnya jalan sutera ini. Ada laluan sutera darat dan juga laluan sutera laut. Bagi darat laluan yang selalu disebut umum bermula dari Chang'An (kini dikenali sebagai Xi'an) hingga ke Rom. Dan laluan darat ini terbahagi pula kepada dua cabang iaitu selatan dan utara. Jalan selatan bermula dari Dunhuang ke Yangguan menuju barat. Kem...

Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan

Image
Sebenarnya hari ni tiada apa sangat yang kami lakukan. Paginya usai sarapan kami bergerak ke Hin Ta Hin Yai. [caption id="attachment_media-28" align="aligncenter" width="4608"] Welcome...[/caption] [caption id="attachment_3245" align="aligncenter" width="4608"] Mother Nature indeed has a sense of humour!? This is Hin Ta[/caption] [caption id="attachment_3248" align="aligncenter" width="4608"] And this is Hin Yai[/caption] Hin Ta dan Hin Yai merupakan pembentukan batu unik dan menarik yang terletak di selatan Koh Samui. Pembentukan batu-batu ini, dikenali sebagai Atuk (Ta) dan Nenek (Yai), dan kelihatan, masing-masing, seperti alat kelamin. Alang alang dah ada di Koh Samui kami menjengah ke pinggir pantai Lamai dan Hua Thanon itu. Alam itu indah..sebenarnya lebih indah kalau kita ketahui dan memahami kejadian alam. ANGIN, AIR dan OMBAK. Proses hakisan di pinggir pantai membentuk batuan tersebut ...

Angthong Marine Park & Mae Koh

Image
Hari ni sepenuhnya kami spent time ambil pakej ke marine park. Cover dua pulau dengan dua aktiviti snorkeling dan sightseeing. Total hangus 900thb included permit masuk marine park. Seawal jam 7.30 pagi van datang ambil di hotel menuju ke Samui (nathon) pier. Kami terus menuju ke boat yang sedia menanti. Terasa jauh pula dari Samui ke Angthong Marine Park. Hampir sejam juga. Sempat lena tau. [caption id="attachment_3211" align="aligncenter" width="4608"] Nathon Pier, sedang menunggu bot berlepas[/caption] Setibanya ke Angthong Marine Park kami diberi m asa selama hampir2 jam jugak untuk membuat aktiviti pilihan. Sightseeing, snorkeling dan apa sahaja kecuali kayak sebab kayak akan dilakukan di pulau yg kedua. Tanpa buang masa aku ajak zaid hiking ke atas. Kalau lambat mesti queue.  100meter yang pertama berterabur juga langkah aku dengan ramainya manusia naik ke atas. Tiba di 2nd viewpoint fuh cantik. Beratur pula nak ambil gambar. Aku teruskan jua nak ta...