Tiger Leaping Gorge antara Ngarai Terdalam Di Dunia
Semalaman atas train Kunming -Lijiang akhirnya tepat jam 6.00 pagi aku tiba di Lijiang Railway Station. Wah.. Terubatnya rindu balik kampung. Perjalanan pagi ini ke Tiger Leaping Gorge (TLG) menggunakan bas. Bas ini ditempah tiketnya oleh hostel yang aku akan menginap bila di Lijiang nanti. Lebih senang sebenarnya meminta bantuan hostel menempah tiket bas khas direct ke TLG bagi mengelakkan masalah kerana aku tiba di sini awal pagi. Takut juga tergagau mencari bas. Sejurus tiba di Lijiang aku bersama rakan terus ambil teksi ke IYH (International Youth Hostel) untuk dapatkan tiket. Lama juga tunggu 7.30 pagi baru IYH beroperasi, barulah dituntut tiketnya. Jom kita kenali dahulu TLG ini. Tiger Leaping Gorge dikenali sebagai Hutiao Xia adalah sebuah gaung atau ngarai di Sungai Jinsha (Yangtze River). Ngarai ini antara ngarai yang terdalam di dunia. Kedudukan TLG terletak bersempadan antara Shangri-La County (left bank) dan Lijiang County (right bank). Ngarai ini berkedalaman maksimum kir...