Posts

Showing posts from December, 2016

Pahlawan Terracota Peneman Maharaja Qin Di Alam Kubur

Image
Hari terakhir kembara China Silk Road kami ke tempat yang wajib dituju di Xi'an iaitu Terracota Warriors. Perjalanan ke sana dengan menaiki bas tourism 306 (5) dengan bayaran tambang 7¥. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Nasihat aku berhati-hati dengan tour agent yang berlegar di stesen bas. Naik aje bas yang aku maksudkan dan bayar atas bas ye. Kalau bayar kat bawah maksudnya sudah termasuk perangkap  tour agent (bas hijau). Jangan risau tourism  konduktornya sentiasa melaungkan 'bingmayong' di tepi tangga bas yang berwarna putih atau biru. Baiklah, kita selami sikit tentang Bingmayong (Terracota Warriors) ini. Mengikut sejarah, Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM telah dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta. Gerembolan tentera terracotta itu dikuburkan bersama-sama kerana bagi melindunginya di alam akhirat. Sampai begitu sekali kan. Untuk pengetahuan semua artifak ini sebenarnya dijumpai oleh sekumpulan petani dari Lintong pada ...

Tinggi Tinggi Ku Daki Cinta Hati ~ Mount Huashan

Image
Mount Huashan terletak di Huayin City kira-kira 120 kilometer dari Xi'an. Menurut kepercayaan Daoism, gunung batu ini merupakan tempat tinggal para dewa. Jadi tak mustahil jikalau kita lihat banyak sekali bertebaran kuil-kuil Daoism disekitar pergunungan Huashan ini. Ada tiga route yang boleh diakses sehingga ke puncak. Antaranya ialah South Gate, North Gate dan West Gate. Kesemua laluan ini mempunyai tahap kepayahan tersendiri. Kalau tak mampu mendaki pilih saja yang menawarkan perkhidmatan cable car sehingga ke puncak. [caption id="" align="aligncenter" width="2048"] Pemandangan indah memukau mata boleh disaksikan ketika menaiki cable car ke puncak Huashan.[/caption] Kami memilih South peak lantaran di situ ada cable car. Kos cable car 490¥ termasuk transport dari Xian Bus Station. Tak semua puncak kami lawati di sini. Duduk atas sana pun dah terketar badan menahan kesejukan.. Apatah lagi berlama-lamaan. Tak sanggupnya! Kebetulan ketika kami jengah...

Kota Muslim Tertua China ~ Xi'an

Image
Alhamdulillah jejak kaki akhirnya ke Kota Muslim Tertua ini setelah sehari menghabiskan masa di atas keretapi dari Dunhuang ke Xi'an. Kota Xian adalah saksi dan bukti kejayaan peradaban China dan dunia pada masa lampau (pemerintahan dinasty pertama China, Dinasti Qin dan lainnya berada di Kota Xian). Terbukti banyaknya peninggalan sejarah kejayaan tersebut, seperti patung pasukan Terracotta Army, kemegahan makam kaisar Qin, Bell dan Drum Tower, Great City Wall, Masjid Ag ung Xian, Wild Goose Pagoda dan Bell tower, Zhong lou. Pagi tadi sebaik sahaja tiba di Xi'an kami terus gerak ke Xi'an Ancient City Youth Hostel sambil menyusuri Wall Scenic Spot sepanjang 2km untuk menuju ke hotel dari stesen keretapi Xi'an. Tembok ini juga dikenali sebagai Xi'an City Wall, represent one of the oldest, largest and the best preserved Chinese city walls . Ia dibina di zaman Pemerintahan Maharaja Hong Wu. Lepas mandi dan rehat pukul 12.00 lebih kami gerak mencari makan sementelah peru...

Keajaiban Geografi Dunhuang, Oasis di Gurun Berpasir

Image
Untuk pengetahuan semua, Dunhuang adalah sebuah bandar di Barat Laut wilayah Gansu China, yang terletak di pinggir Gurun Gobi. Di sini letaknya oasis di gurun pasir yang mengagumkan "Crescent Lake" atau Tasik Bulan Sabit (Yueyaquan). Tak sangka kan.. di tengah gersangnya bumi ada keajaiban tersembunyi. Hebatnya kekuasaan Allah. Hari ke 8 pengembaraan, aktiviti kami dimulakan dengan melawat Magao Grottoes. Magao Grottoes Gua Penuh Artifak Lukisan Magao Caves atau Magao Grottoes ialah gua yang juga boleh dikenali sebagai Gua Dunhuang. Gua ini mengandungi beberapa contoh terbaik seni Buddha yang merangkumi tempoh 1000 tahun. Gua pertama telah digali di 366 AD sebagai tempat meditasi bagi kaum Buddha. Di sini kami meluangkan masa melihat seni lukisan pada dinding gua. Terdapat hampir 400+ to 700+ gua. Saya tak ingin mengulas lanjut mengenai Magao Grottoes ini cuma apa yang boleh saya katakan, ini lebih kepada tempat beribadat bagi kaum beragama Buddha. Terpulanglah kepada anda ba...

Menjejak Laluan Sutera di Dunhuang

Image
Misteri Taman Geologi Yardang ~ Bandar Berhantu? Pagi ini seawal pukul 9 kami terus bergerak ke Barat Laut Dunhuang iaitu Yadan (Yardang) National Geologic Park. Yardang dalam bahasa Uygur adalah "gunung kecil yang curam". Namun Taman Negara Yardang ini suatu ketika dahulu lebih dikenali sebagai Ghost Town kerana di sini terdapat bunyi yang menyeramkan menyerupai seperti hantu mengilai apabila angin bertiup melalui kawasan Taman Negara ini. Taman Negara ini terletak sangat jauh kira-kira 185 kilometer dari bandar Dunhuang. Kalau dilihat secara teliti. Taman Negara geologi ini bentuk muka buminya dibentuk oleh hakisan angin dan jarang sekali hujan. Berbusut busut lagaknya. Memang sesuai untuk sesiapa yang sukakan natural architecture bolehlah lihat serpihan batuan yang terhakis oleh angin dan hujan ini. Mainkan imaginasi anda untuk melihat Sphinx, Peacock, Fleet voyage on sea , ataupun wall . Hampir 1 jam lebih kami di sini. Kemudian Richard membawa kami ke tempat yang seteru...

Tourism Nadi Bandar Dunhuang

Image
Setelah dua jam menaiki keretapi laju dari Urumqi ke Liuyuan-nan dan menempuh dua jam perjalanan menaiki kereta merentasi padang pasir akhirnya kami tiba di Dunhuang. Dunhuang adalah bandar pelancongan utama di China. Keindahan alam yang luar biasa sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dunhuang merupakan The Pearl of the Silk Road . Segala keindahan alam terbentang unik sementelah di daerah ni terletaknya dua tourist attractions yang terkenal iaitu padang pasir Mingsha dan Kolam Mata Air di tengah gurun selain Jade Pass dan Yadan Landform. Ketibaan kami semalam disambut oleh driver Richard. Driver Richard tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkab kami kurang bersembang sepanjang perjalanan. Richard, tour guide kami di sini orangnya tidaklah muda. Macam ayah-ayah sahaja dan merupakan penduduk tempatan di sini. Oleh kerana tiba di Xinlong Hotel Dunhuang sudahpun malam, dengan petunjuk arah oleh Richard kami bergegas ambil keputusan untuk letak beg dan mencari makan. Tak susah rupany...

Mengunjungi Turpan, Tempat Kedua Terendah Di Dunia.

Image
Turpan, juga dikenali sebagai Turfan atau Tulufan, adalah sebuah bandar yang terletak di timur Xinjiang, Republik Rakyat China. Turpan merupakan daerah terpanas dan terkering di Xinjiang. Untuk pengetahuan semua, Turpan sebenarnya merupakan titik kedua terendah bumi dan berada di bawah permukaan laut selepas Laut Mati. Ketibaan kami di sini disambut Ablajan Jilil yang mana aku dan Zaid ambil numbernya dari Tripadvisor . Alhamdulillah.. Orangnya ramah bercerita tentang segalanya berkaitan Turpan dan Xinjiang ini. Sukacita dinyatakan kalau jengah ke Turpan lebih baik ambil guide kerana jarak satu tempat ke satu tempat sangatlah jauh. It is MUST. Ada bas tapi tak ade route unless you can speak and read in Chinese. Ablajan memberitahu kami serba sedikit ke mana arah tuju kami dahulu. Okay kunjungan kami bermula dengan Toyuk Village dan Flaming Mountain. Aku teruja sepanjang perjalanan. ALLAH Besarnya kekuasaan Mu. Kiri kanan kulihat Taklamakan Desert. Baiklah kita kenali dulu dua tempat i...